Sabtu, 22 Januari 2011

TENTANG HATI




Mencari dan terus mencari Cinta Ilahi
Ana terbaca satu article tentang hati dalam majalah solusi. Banyak mesej yang ana dapat dan faham yang boleh ana kongsikan disini.
HATI….. akan tenang dengan mengigati Allah… ‘Subhanallah…walhamdullilah…walilaha illallah Allahuakbar,’ hati yang resah gelisah pun akan menjadi semakain tenang dan sayup. Melemahkan ati yang sedang marah, melembutkan hati yang keras dan mendekatkan hati hamba ini dengan Allah yang Maha Pencipta.
Badan yang lemah dan tidak bermaya memerlukan makanan yang berkhasiat yang boleh membekalkan tenaga dan untuk badan kekal sihat. Begitu juga dengan hati kita, hati yang lemah mudah digoda syaitan yang akan menggoda kita untuk melakukan kemungkaran.
MAKANAN HATI
Kalau luaran kita suka makan makan kegemaran kita, contohnya coklat, asam pedas, tomyam, ikan 3 rasa, ayam goreng, tapi adakah itu juga makanan hati? Apa yang sedap, enak menjadikan hati kita tenang? Tentu sekali tidak. Amalan-amalan wajib dan sunat yang dilakukan dengan hati yang khusuk dapat mendamaikn hati kita. Zikir- zikir yang dilafaz sambil hati juga melafaz dapat menenagkan hati. Membaca al-Quran dan tafsirannya juga satu amalan yang sekiranya kita istiqamah lakukan hati juga akan menjadi tenang.
Hati kita ini ibarat kertas yang kita lukiskan atasnya. Apa sahaja perilaku yang kita lakukan akan ada kesan pada hati yang lembut yang Allah anugerahkn pada kita ini. Dalam erti kata lain, natijah ataupun perlakuan maksiat atau perbuatan yang melanggar perintah Allah akan beri kesan pada hati kita. Sama ada akan menjadi hitam ataupun putih.
Contohnya, kita lukiskan satu titik diatas satu helai kertas A4, tentunya kita akan mudah nampak titik itu tetapi sekiranya kita lukiskan satu titik yang same pada helaian kertas yang penuh dengan tulisan tentu sekali kita sukar untuk mencari dan melihat titik yang sama.
“Kemanisan dan kelazatan beribadat tidak lagi dapat dirasakan. Tembok pengadang terbina, menghalang kepada masuknya cahaya ilmu dan iman . walaupun pengwtahuan setinggi langit dunia, tetap saja ia tidak meresap ke dalam jiwa. Tidak ada daa kekuatan untuk mengamalkannya. Inilah impak dari hati yang hitam dengan dosa”
( dari majalah solusi #20 .ms59)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terhakislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Riwayat Ibn Majah no.4244)
Firman Allah :
“Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka akn ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melighat kesalahan-kesalahannya.” ( Surah al-A’raf 7:201)
Allah suka pada hambanya yang sentiasa ingat kepada Nya. Jika kita banayak mengingati Allah, menginsafi kebesaran Allah dan menyedari keagungan Allah. Insya-Allah, dengan selalau berzikir hati kita akan menjadi bersih, lembut, lebih halus dan lebih peka untuk menyedari kesilapan dan dosa yang kita lakukan terutama dalam hal-hal yang tersembunyi seperti penyakit hati, sombong, riyak dan lain-lain.

Kesimpulannya, kedamaian hati itu akan lahir apabila kita sentiasa mengigati pencipta-Nya. Hati ini pinjaman Allah pada kita hambanya, maka kita perlu auntuk menjaganya agar hati ini tidak resah gelisah kerana terpedaya dengan hasutan syaitan yang derhaka. Allah maha mengetahui apa yang diperlukan oleh hamba-hambanya. Oleh itu, kita perlu untuk berusaha untuk membersikan hati ini dengan bersungguh-sungguh, tingkatkan iman dan taqwa kepada Allah yang maha Esa.
Firman Allah:
Orang yang beriman itu( yang semperna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabiala dibaca kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman mereka”( Surah al-Anfal 8:2)
Moga kita semua muslim dan muslimat sentiasa mencari dan terus mencari Cinta Ilahi………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png