Ahad, 20 Mac 2011

Ya Allah kuatkan hatiku yang sedang derita kerna janji manusia.....


Ya Allah kau berikanlah daku kekuatan dalam usia yang muda ini agar aku tidak mengikutkan hati, berikanlah ku kesabaran atas setiap apa yang menimpa diri ini. Ya Allah teguhkan imanku walaupun apa yang datang agar aku tidak mudah goyah dan cepat putus asa. Moga apa yang berlaku menjadikan aku seorang wanita yang kuat.

Ku yakin setiap kesedihan yang datang ini pasti ada kebahagian yang tersembunyi disebaliknya. Ya Allah masih banyak yang aku belum tahu tentang ilmuMu. Izinkan aku meminjam ilmumu Ya Allah yang Maha Penyayang.

Moga hari esok yang aku temui adalah lebih baik daripada hari ini yang telah aku lalui. Jadikan aku perhiasan dunia yang akan disayangi oleh insan yang bernama suami. Jauhkan ak daripada sebarang saitan yang bertopingkan manusia, yang berlidah cabang dan jauhkan aku dari insan-insan yang mudah melafazkan janji tetapi tidak melaksanakan janjinya.

Moga ruang masa sementara hanyat ku masih bernafas dapat aku beribadat kepadamu. Ya Rabbi sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untuk mu. CINTA ABADIKU hanyalah untuk mu dan kekasihmu Ya Rasulullah SAW.

Aku bersyukur walaupn hatiku perit kerna janji insan manusia yang hanya pandai berjanji dan tidak mengotakannya membuatku lebih dekat padaMU, Ya Allah sesungguhnya janjimu benar dan pasti akan berlaku. Sanggup aku harungi segala rintangan untuk mendapatkan CINTA ABADIMU Ya ALLAH. Tidakku berpaling kebelakang setelah aku temui Cinta ynng menenagkan hati iaitu dengan mengingatimu Ya Rabbi.

Sabtu, 19 Mac 2011

Setiap yang hidup pasti akan mati.....

(pusara abah tercinta)

Yang hidup pasti akan kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta. Kita yang hidup jangan kita lupa bahawa kita juga akan pergi kembali berjumpe Allah Yang Maha Esa. Semakin bertambah hari semakin bertambah juga umur yang Allah beri ini. Tanpa kita sedari semakin hari kita dekat dengan tarik kematian yang kita tidak tahu bila. Sesungguhnya sabda Nabi Muhammad SAW:" Orang yang paing bijak adalah orang selalu memikirkan mati"

Bila sesorang insan memikirkan kematiannya dia akan selalu akan terpikir doasa-dosa yang pernah dilakukan sentiasa rasa dirinya belum cukup lagi amalan-amalannya pada Allah... Dia akan sentiasa menjaga tingkahlakunya, kata-katanya, banyak berdiam daripada berkata-kata, banyak memikirkan usahanya untuk menuju syurga Allah. Tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia.

Ramai orang kata hendak berubah tunggu datang seru ataupun belum dapat hidayah. Hidayah Allah perlu dicari. Perubahan juga boleh berlaku sekiranya kita berfikir untuk masa hadapan kita bermula daripada sekarang. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubahnya sendiri. Pelbagai cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk membantu diri sendiri pada hari akhirat kelak. 'Iqra' bacalah, adalah surah yang pertama turun kepada baginda Rasulullah SAW. Menunjukkan perlunya kita membaca mengetahui rahsia sebalik ilmu yang kita baca dan ilmu yang kita cari.

Semakin bertambah ilmu semakin tunduhlah kita seharusnya. Agar ilmu yang kita pelajari dapat kita amalkan dan memandu kita untuk mendapat redho Allah, InsyaAllah.... Semakin kita belajar semakin banyak yang kita hendak tahu dan hendak kita terokai. Kerana ilmu Allah ini terlalu luas dan sungguh indah subahaAllh.

Jadi sebelum roh kembali lakukan lah sesuatu untuk diri kita pada masa hadapan ketika kita menghadap Allah SWT. Agar segala amalan kita dapat dijawab dengan mudah dan hidup bahagia dunia dan akhirat insyaAllah... Perbanyakan fikirkan mati....

Jumaat, 18 Mac 2011

Di manakah Kegagahan Wanita.....




Kegagahan wanita bukan kepada otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiaskinan.
3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginannya.

Kegagahan perempuan berdiri di atas keteguhan iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Saidiana Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
'Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat'

Surah Al-Ahzab : ayat 71
'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasulnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

Wanita....



(gambar hiasan)

Harapan dan doaku, ku panjatkan pada Ilahi agar aku dipertemukan seorang insan yang bergelar suami yang dapat menemani ku bukan sahaja didunia bahkan jua diakhirat kelak. Serta dapat membimbing dan mengajakku untuk mencari Redho Allah Yang Maha Esa.

Seorang wanita yang nampak luaranya lemah akan di hormati sekiranya wanita itu tegas dan tetap pendirian dan bijak mengurus diri dan keluarga yang dijaganya. Wanita yang luarannya lembut dan diperkasa keteguhan iman didalam jiwanya menjadikan dia seorang wanita yang bukan sahaja cantik luaran bahkan dalamnanya Insyallah.

Wanita yag anggun juga akan nampak lebih cantik sekiranaya dia pertambahkan ilmu dihati dan mindanya serta dapat menjadikan dirinya lebih kuat dan tabah dengan setiap dugaan yang datang...
Wanita yang menjaga tutur kata, tingkahlakunya, menundukan pandangannya dan dapat membimbing diri sendiri dan orang disekelilingnya ke arah kedhoan Allah.

Kebahagiaan yang diharapkan hanyalah dari Allah, sentiasa bersyukur dan redho setiap apa yang telah diusahakan dan bertawakal setelah usaha diikhtiarkan. Menghormati kedua ibu dan ayah,sentiasa patuh dengan perintah Allah dan taat kepada kedua ibu bapa.

Al-Quran dan Hadith sebagai panduan hidup. Apabila dia jatuh atau ditimpa sesuatu sentiasa berfikir dan menerima sesungguhnya banyak hikmah disebalik apa yang telah ditakdiran pada dirinya.

Kebahagian yang dicari hanyalah pada yang Esa, tiada lagi cinta manusia yang banyak tipu daya dan janji manusia yang tiada jaminannya dan hanyalah sia-sia belaka. Sesuatu yang berlaku jadikan iktibar dan pengajaran agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan.

Rabu, 9 Mac 2011

KENAPA PERLU BUAT DAKWAH?



SEORANG Mufti ditanya, “Dakwah ni apa hukumnya tuan mufti, fardhu ain ke fardhu kifayah?”. Mufti bagitau,”Dakwah ni bukanlah fardhu ain atau fardhu kifayah”, Habis tu apa hukumnya tuan mufti??” .”Dakwah ni adalah ‘maksudul hayah’ (maksud hidup) dan mengatasi daripada fardhu ain dan kifayah. Maksud hidup ummat akhir zaman ini dihantar oleh Allah kepada seluruh umat manusia, iaitu untuk mengajak kepada ma’ruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan). Kebaikan yg macamana?, segala bentuk ketaatan kepada allah dan sunnah nabi saw. Kejahatan yg macamana?, seluruh perkara yg bertentangan dgn ketaatan kepada Allah dan sunnah nabi saw.
(dipetik dari Bayan Mokhtar TS,jemaah 10 hari masturat Sri Petaling).

SYAITAN takut dgn org yg buat dakwah, tapi syaitan tak takut dgn ibadat2 kita. (Mafhum Hadis Nabi SAW lebih kurang) Seorang yg azan, syaitan akan lari kebelakang dengan terkentut2 jauh sehingga tidak kedengaran lagi suara azan. Siapa sahaja yg azan, tidak kira orang muda atau tua, berpelajaran atau tidak, cantik atau hodoh, miskin atau kaya,kanak2 atau dewasa, asal laung saja AZAN ‘ALLAHU AKBAR…..ALLAHU AKBAR….’ Terusssss syaitan lari bertempiaran… tapi bila kita mula angkat takbir ‘ALLAHU AKBAR’ syaitan datang semula utk cuba rosakkan solat kita…LAFAZ yang sama,ERTI YANG SAMA tapi atas maksud yg berbeza. Lafaz Allahu akbar dalam azan merupakan dakwah, malah azan itu sendiri merupakan dakwah yang sempurna, dan lafaz Allahu akbar dalam solat adalah lafaz utk ibadat. Maka, syaitan datang utk membisik-bisikkan sesuatu di telinga dan timbul rasa was2 sehingga teringat itu dan ini, akhirnya lupa rakaat dalam solat…
(dipetik daripada Bayan Jemaah Jeddah Mekah yang keluar di Indonesia, mutarjim oleh Maulana Harun)

Ulama bagitahu semua orang boleh buat dakwah walau siapapun dia. Namun dalam ibadat perlu pada ilmu, terutamanya ilmu masail/hokum ahkam agama kena belajar dengan ustaz/guru2 yang mursyid. Ulama bagitahu, Allah gunakan perkataan ‘kuntum khoiru ummah…”kamu semua adalah sebaik2 ummat…” menunnjukkan semua orang daripada ummat nabi saw adlaah bertanggjung jawab walau apa keadaan dia sekalipun utk amal dan sebarkan agama allah. Tidak kira lelaki,wanita,terpelajar,buta huruf,tua muda,miskin kaya,di desa di kota,siapa sahaja bertanggung jawab atas perkara ini, iaitu (berdakwah) utk mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran’.
(dipetik dari Bayan Maulana Harun dan Bayan Mokhtar TS,jemaah 10 hari masturat Sri Petaling)

Dakwah begitu tinggi di sisi Allah. Dalam Quran, apabila Nabi sulaiman minta kerajaan yang tidak pernah dimiliki oleh sebelum dan selepasnya, Allah terus bagi kerajaan kepada Nabi Sulaiman dalam ayat yg seterusnya tanpa banyak soal kerana nialai dunia tidak ada apa2 di sisi Allah. Tapi apabila Nabi Musa minta Allah Jadikan sepupunya Harun Sbg Nabi utk Bantu beliau berdakwah kpd firaun, Allah telah ungkit satu persatu tentang bantuan2 Allah kpd beliau sebelum Allah pilih Harun sebagai Nabi. Allah telah ungkit sejak nabi musa dihanyutkan di sungai, dipelihara oleh firaun musuhnya sendiri dalam istana firaun,sehinnga Musa lari dari mesir kerana menyebabkan seorang qibti dibunuh barulah Allah tukar perintah “idzhab” kepada “idzhabaa” iaitu “pergilah kamu berdua (musa as dan Harun as) kepada firaun.. dalam ayat yg seterusnya”
(Dipetik drpd Bayan Maulana Rahmat (Bahasa Urdu), mutarjim Maulana Azhim Sri Petaling)

Ahad, 6 Mac 2011

5 Kalimah Kebahagian



1. Selalu mengucapkan kalimah tayyibah iaitu 'La Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah'. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atasnya, maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Merekalah ahli Syurga, tetap kekal mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan." (QS Al-Ahqaf:13~14)

Sabda Rasulullah SAW: “Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah.”

2. Apabila ditimpa sesuatu musibah atau melihat kematian, ucapkanlah 'Innalillahi wa inna ilaihi rojiun'. Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah. Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati keras. Orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang mempunyai hati yang keras.” (HR At-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW: “Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga?” Kata sahabat: “Apakah kunci untuk pintu syurga itu?” Jawab Rasulullah SAW: “Dengan sentiasa menyebut “Lahaula-wala quwwata-illa billahil ‘aliyi-azim.” Zikir ini bermaksud 'Tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah'. Apabila zikir ini selalu disebut-sebut, insyaAllah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredhaan daripada Allah SWT.

3. Apabila dikurniakan nikmat, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah' sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahu Akbar.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku, kemudian orang itu berkata 'Alhamdulillah', maka ucapan 'Alhamdulillah' itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan 'Alhamdulillah' itu akan berkekalan selama-lamanya hingga akhirat.”

4. Ucapkanlah 'Bismillahir-rohmanir-rahim' ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah, maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: "Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah SWT."

5. Ucaplah 'Astaghfirullahal-azim' apabila berbuat dosa. Rasulullah SAW bersabda: “Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa, dan ubatnya adalah istighfar.” Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebaik-baiknya segeralah beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya daripada segala macam kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Mudah-mudahan panduan ini dapat kita diamalkan untuk mendapatkan kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sabtu, 5 Mac 2011

Renungan Untuk Kaum Hawa



Ibnu Umar r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Wahai kaum wanita! Kamu bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana aku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita." Salah seorang daripada pendengar berkata: "Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?" Rasulullah SAW menjawab: "Kamu paling kerap mempunyai tabiat melaknat (semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Aku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah." (HR Bukhari & Muslim)


Ibnu Mas’ud r.a. telah memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya." (HR Tirmidzi)

Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

Hasan Al-Basri r.a. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu."

Abu Musa r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya." (HR Tirmidzi & Abu Dawud)

Ibnu Mulaika r.a. memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Aisyah r.a. bahawa seorang wanita sedang memakai sandal (kasut lelaki), maka dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melaknati wanita yang bersifat kelakian. (HR Abu Dawud)

"Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan." (HR Tabrani & Baihaqi) *Nota: antara sesama wanita sahaja.

Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan."

Dalam hadis: "Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika di dunia." (Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)

Abu Hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua." (Tanbihul Ghafilin, Abu Laits As-Samarqandi)

Anas r.a. berkata bahawa suatu ketika sekumpulan wanita datang menghadap Rasulullah SAW dan berkata: "Ya Rasulullah, kaum lelaki telah memperoleh banyak pahala dengan ikut serta dalam jihad. Tunjukkan kepada kami suatu amalan yang dapat membantu kami memperoleh pahala sebagaimana yang telah dicapai oleh para mujahid." Rasulullah SAW bersabda: "Seorang di antara kamu yang tinggal di rumahnya (menjaga malu dan kehormatannya), akan memperoleh pahala jihad.' (Musnad Bazzar)

"Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: "Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang kamu kehendaki." (HR Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a. dalam hadis yang panjang berkata: Bersabda Rasulullah: "Ada dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; suatu kaum yang memiliki pecut seperti ekor sapi dan dipergunakan untuk memukul orang lain, dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, berjalan sambil berlenggak-lenggok, kepala mereka bagaikan punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula dapat mencium wanginya, padahal wangi syurga dapat tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR Muslim)

Sayyidina Ali k.w.j. berkata: "Adakah kamu tidak merasa malu? Adakah kamu tidak merasa cemburu? Salah seorang daripada kamu membiarkan isterinya keluar di kalangan para lelaki ajnabi. Dia melihat kepada mereka dan mereka dapat melihat kepadanya." (Hukum Wanita Bermusafir, Syeikh Nuruddin Merbu Banjar al-Makki)

Firman Allah SWT: “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka...”(QS An-Nur: 31)

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu seluruhnya akan ditanyakan - perihal perbuatannya masing-masing." (QS Al-lsra': 36)

Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah bagi kaum lelaki lebih berbahaya dari perempuan." (Muttafaqun Alaih)

Dari Ma’al bin Yasir r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Lebih baik bagimu jika sebuah paku baja ditancapkan ke kepalamu daripada engkau menyentuh wanita yang tidak dihalalkan bagimu."(HR Thabrani & Baihaqi)

Dari Abu Said r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seseorang lelaki itu melihat kepada auratnya orang lelaki lain, jangan pula seseorang wanita melihat auratnya orang wanita lain. Jangan pula seseorang lelaki itu berkumpul tidur dengan orang lelaki lain dalam satu pakaian dan jangan pula seseorang wanita itu berkumpul tidur dengan orang wanita lain dalam satu pakaian." (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang lelaki di antara engkau semua itu menyendiri dengan seorang wanita, melainkan haruslah ada mahramnya beserta wanita tadi." (Muttafaqun Alaih)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang, maka yang lainnya dengan sendirinya akan hilang." (HR Baihaqi)


Dari Ibnu ‘Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)

Asas-asas Usaha Dakwah

Labels: muzakarah


Ustadz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah; Jahabersa cetakan pertama 2003.


Azas Usaha Dakwah ini ialah:

1. Usaha melalui individu atau usaha berjamaah dan bukan usaha ijtima besar-besaran. Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah.

2. Usaha melalui hati dan bukan pikiran. Sejauh mana hatimu menangis, sejauh mana hatimu risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati bukan bagaimana pemikiranmu bekerja, atau bagaimana pemikiranmu membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiranmu membuat rencana atau bukan bagaimana pemikiran filosofi yang tinggi-tinggi untuk mendapatkan gagasan-gagasan.

3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Azas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kakimu bergerak, sejauh mana anda bergerak melalui kaki-kakimu. Sebab anda mesti pergi kepada khalayak ramai. Mereka yang sudah datang ke mesjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka yang belum datang ke mesjid belum mencintai agama. Oleh karena itu maksud dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jamaah yang sudah datang ke mesjid kita beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan terjun ke bawah, kita datang dari orang ke orang, dari toko ke toko, maksudnya sejauh mana anda bergerak dengan kaki-kakimu, karena kerja ini bukanlah kerja 'sastrawan'. Anda harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang dapat menerima fikir iman dan amal.

4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika anda hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah anda mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan rupiah untuk menghafal? Tentu tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Karena itu tasykil (ajakan) kita adalah orangnya bukan uangnya atau hartanya. Apabila anda hendak mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami memerlukan diri anda dan bukan uang anda".

5. Usaha dengan tawadhu dan bukan aninah. Azas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apanya. Saya ini kecil. Kita mesti merendah. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan buahnya maka ia merunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka harus dicemlungkan. Demikian pula apabila anda hendak merunduk hatinya maka anda akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak anda akan mengalami berbagai kesulitan.

6. Usaha dakwah dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Anda mesti berdamai dengan semua orang baru anda akan dapat buat usaha.

7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf. Azas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbedaan-perbedaan. Anda berusaha menjauhi perbedaan-perbedaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa pada persatuan. Jikalau anda hendak menyatukan umat, maka sedapat mungkin menjauhkan hal-hal yang membawa kepada perpecahan.

8. Usaha melalui musyawarah dan bukan melalui kediktatoran. Musyawarah adalah mengambil usulan (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na waatho'na. Tetapi seorang diktator tidak memerlukan musyawarah, tidak memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang menyangkut ummat, maka musyawarah adalah sangat penting.

9. Usaha melalui amru bil ma'ruf dan bukan nahi anil munkar. Azas usaha dakwah kita adalah yad'una ilakhoir, menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha dakwah kita yaitu mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke mesjid, mari duduk ta'lim, mari hadir dalam mesyuwarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan buah-buahan.

10. Usul dan bukan Furu. Azas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang-cabangnya.

11. Azas usaha dakwah kita adalah Qulyah dan bukan Juz'iyah. Hal-hal yang bersifat universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi hati-hati karena diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada shalat dapat diterima oleh semua orang, tetapi bahasan shalat secara detail terdapat masalah masail.

12. Azas usaha dakwah kita adalah Ijmal dan bukan Tafshil. Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir artinya uraian-uraian secara panjang lebar, penjelasan, argumentasi secara mendetail. Usaha dakwah adalah deklarasi (keterangan atau maklumat), karena itu mesti pendek, tepat dan ringkas.

13. Azas usaha kita adalah Tamsir bukan Tanfir. Tamsir artinya kabar gembira dan bukan tanfir artinya kabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini kita sampaikan kabar gembira. Memberitahukan keutamaan-keutamaan, pahala-pahala, fadhilah-fadhilah, menyampaikan perkara-perkara yang manis, supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.

14. Azas usaha dakwah kita adalah Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar artinya propaganda dengan publikasi untuk pamer kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini telah berjalan 1000km tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas. Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemasyhuran.

15. Azas usaha dakwah kita adalah Akhirat dan bukan Dunia. Setiap orang berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, kebalikan dari ini dimana semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, kebalikan dari ini, Da'i berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.


Wallahu a'lam.
From
(http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/2011/01/bayan-dan-karguzari-jemaah-australia.html)

Jumaat, 4 Mac 2011

RABI'ATUL 'ADAWIYYAH

Ibu bapa Rabi'atul 'Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan di dalam rumah mereka tiada minyak untuk memasang lampu dan tiada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. Tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengari oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu.

Pada malam itu, si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis. Kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan pada hari Khamis lalu, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar."

Bapa Rabi'atul 'Adawiyyah pun terus terjaga dari tidurnya dan pergi berjumpa dengan amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir sungguh berasa gembira membaca surat itu dan memahami bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi'atul 'Adawiyyah sebanyak empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi'atul 'Adawiyyah selalu mengunjungi beliau apabila memerlukan sesuatu kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda kebuluran. Rabi'atul 'Adawiyyah berpisah daripada adik-beradiknya. Suatu ketika, kabilah yang beliau tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabi'atul 'Adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar sebagai hamba abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Beliau lari, tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh. Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah, "Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. Tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redha denganku. Tetapi nyatakanlah keredhaan-Mu itu padaku." Tatkala itu terdengarlah suatu suara malaikat, "Tidak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu." Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi'atul 'Adawiyyah di tengah malam yang berdoa kepada Allah, "Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa. Jikalau aku bebas, aku akan menghabiskan seluruh masa malam dan siangku dengan melakukan ibadat kepada-Mu. Tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia."

Ketika itu dilihat oleh tuannya suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan di dalam bilik Rabi'atul 'Adawiyyah dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. Ketika itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. Sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabi'atul 'Adawiyyah. Esoknya, Rabi'atul 'Adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi'atul 'Adawiyyah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabi'atul 'Adawiyyah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju.

Suatu masa Rabi'atul 'Adawiyyah menunaikan haji ke Mekkah. Dibawanya barang-barang di atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju hendak membawakan barang-barangnya itu tetapi beliau enggan kerana katanya dia menunaikan haji bukan di bawah perlindungan sesiapa. Hanya perlindungan Allah S.W.T. Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi'atul 'Adawiyyah terus berdoa, "Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya. Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka'abah dan sekarang Engkau matikan keldaiku dan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan." Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula. Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah. Apabila hampir ke Ka'abah, beliau pun duduk dan berdoa, "Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka'abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah Engkau temui aku dengan sebarang perantaraan." Terdengar suara berkata, "Rabi'atul 'Adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan dunia ini keranamu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun hendak melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam."

Suatu ketika yang lain, semasa Rabi'atul 'Adawiyyah menuju Ka'abah dan sedang melalui hutan, dilihatnya Ka'abah datang mempelawanya. Melihatkan itu, beliau berkata, "Apa hendakku buat dengan Ka'abah ini? Aku hendak bertemu dengan tuan Ka'abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Ka'abah, aku mahu Allah."

Pada ketika itu juga, Ibrahim bin Adham dalam perjalanan menuju ke Ka'bah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan solat pada setiap langkah sepanjang perjalanan itu. Oleh sebab itu, beliau mengambil masa selama empat belas tahun untuk sampai ke Ka'bah. Apabila tiba di sana, didapatinya Ka'bah tiada. Beliau berasa sangat hampa. Lalu terdengar olehnya satu suara yang berkata, "Ka'bah itu telah pergi melawat Rabi'atul Adawiyyah."

Apabila Ka'bah itu telah kembali ke tempatnya, Rabi'atul Adawiyyah kelihatan sedang menongkat badannya yang tua itu dengan tongkatnya. Maka Ibrahim Adham pun pergi menemui Rabi'atul Adawiyyah dan berkata "Kenapa kamu dengan perbuatanmu yang ganjil itu membuat haru-biru dunia ini?" Rabi'atul Adawiyyah menjawab, "Saya tidak membuat suatu apapun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap riyak menuju ke Ka'bah mengambil masa empat belas tahun. Kamu isi perjalananmu itu dengan solat, tetapi aku mengisinya dengan perasaan tawaduk dan khusyuk."

Tahun kemudiannya, sekali lagi Rabi'atul Adawiyyah menuju ke Ka'bah. Beliau berdoa, "Oh Tuhan, perlihatkanlah diriMu padaku." Beliau berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara, "Hati-hatilah! Jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu akan menjadi abu." Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku tidak berdaya memandang keagungan dan kebesaranMu. Oleh itu, kurniakanlah kepadaku kefakiran yang mulia di sisiMu." Terdengar lagi suara berkata, "Kau tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka kerana Aku. Antara Aku dan mereka tiada regang walau sebesar rambut pun. Aku bawa mereka sangat hampir kepadaKu. Kemudian Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai Aku. Rabi'atul-adawiyyah, antara kau dan Aku terdapat lagi tujuh puluh hijab. Hijab ini mestilah dibuang dulu. Kemudian dengan hati yang suci , menghadaplah Aku. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dariKu."

Kemudian suara itu mengarahkan Rabi'atul Adawiyyah melihat ke hadapan. Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar suara lagi, "Inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai Tuhannya dan tidak mahu berpisah denganNYA. Meskipun mereka diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan itu dan tidak pula meminta sesuatu Dalam langkah permulaan perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah dari dunia hingga tiada sesiapa pun yang mengenali mereka. Begitulah mereka itu tidak mahu masyhur di dunia ini." Mendengar itu, Rabi'atul Adawiyyah berkata, "Tuhanku, biarkan aku tinggal di Ka'abah!" Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan memencilkan diri daripada orang ramai.

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan seorang darwisy untuk makan bersama-samanya. Beliau meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tiada lagi makanan untuk Rabi'atul Adawiyyah. Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi'atul Adawiyyah. Dia menyatakan tuannya yang menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi'atul Adawiyyah. Beliau bertanya tentang berapa ketul roti yang dibawa itu dan tidak mahu menerima roti itu. Disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pun pergi, tetapi kemudian kembali semula. Rabi'atul Adawiyyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti yang dibawa perempuan itu. Darwisy itu bertanya akan hal tersebut. Rabi'atul Adawiyyah menjawab, Allah berfirman dalam Al-Quran iaitu : "Orang yang memberi dengan nama Allah, maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam al-Quran itu dilaksanakan."

Suatu ketika, Rabi'atul Adawiyyah sedang menyediakan makanan. Teringat beliau bahawa telah kehabisan sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Lalu disepaknya bawang itu sambil berkata, "Syaitan, pergi jahanam dengan tipu-helahmu. Adakah Allah mempunyai kedai bawang? Aku tidak pernah meminta dari pada sesiapapun kecuali daripada Allah dan aku tidak menerima sesuatupun melainkan daripada Allah."

Suatu hari, Hassan al-Basri melihat Rabi'atul Adawiyyah dikelilingi oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Apabila Hassan al-Basri menuju ke situ, binatang itu lari. Hassan bertanya, "Kenapa binatang itu lari?" Rabi'atul Adawiyyah kembali bertanya, "Apa kamu makan hari ini?" Hassan menjawab, "Daging." Rabi'atul Adawiyyah berkata, "Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering."
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png