Jumaat, 14 Januari 2011

ﺴﻭﺭﺓ٢ ﭭﻴﻟﻴﮭﻦ ﺪﺍﻦ ﻔﻀﻴﻟﺘﺚ




ﺴﻭﺭﺓ ﺍﻟﻛﮭﻒ

1) Surah Al-Kahfi terletak di dalam juzuk lima belas dan enam belas kandungan sebanyak 110 ayat.
2) Surah Al-Kahfi sunat dibaca pada malam Jumaat atau siang Jumaat sebelum kite pergi ke masjid menunaikan fardu Jumaat.
Kelebihan surah Al-Kahfi jikalau dibaca pada malam Jumaat ayau siang Jumaat di sebut dalam sebuah Hadith Abi Said Al-Khudri r.a:

Ertinya:
‘Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat
(dan dalam suatu riwayat lain pada malam Jumaat) dia akan disinari oleh cahaya dalam masa antara dua Jumaat.’
(Riwayat Al-Hakim)

Nabi berpesan, dalam satu riwayat,bahawa jikalau ada di antara kita dapat hidup sampai waktu hari kiamat di mana dajjal akan keluar ke dunia, bacalah surah Al-Kahfi nescaya kita akan terpelihara daripada fitnah dan godaan dajjal (riwayat An-Nawas bin Sami’an dipetik oleh Muslim dan As-Sunnan al-Arba’a).

ﺴﻭﺭﺓ ﻴﺱ
SURAH Yaasiin pula lebih pendikdaripada surah Al-Kahfi. Ia terletak didalam juzuk yang kedua puluh dua sebanyak 83 ayat sahaja.
Surah Yaasiin dianggap sebagai hati kepada Al-Quran, sebagaimana hadith daripada Ma’qul bin Yasar:
Ertinya:
‘Hai AL-Quran itu ialah Yaasiin tiada dibaca oeh sseorang yang berkehedakan kepada Allah dan hari akhirat melaiankan dia diberikan keampunan, bacalah surah Yaasiin ke atas orang-orang yang hamper mati diantara kamu.’
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan An-Nasai dan Ibnu Majah)

Para ulamak berkata bahawa di antara khasiat surah Yaasiin ini ialah dibaca di dalam satu-satu hal yang sulit atau kesusahan maka Allah SWT akan memudahakan ayau melapangkan hal tersebut iyu. Dan membaca ke atas orang-orang yang nazak itu untuk memohonkan turun rahmatdan berkat supaya dimudahkan keluarkan roh daripada tubuh ( Tafsir Ibnu Kathir 2/563)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png