Sabtu, 22 Januari 2011

Ada Hikmahnya……..



Tok penghulu dan anaknya membela seekor kuda. Mereka sangat menyayangi kuda itu. Suatu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu tentang perkara tersebut berkata kepada Tok Penghulu,” Kami bersimpati atas kehilangan kuda kesayangan tok, tentu tok sedih…”
Sebaliknya tok Penghulu tersenyum dan berkata,”Tak apalah. Mesti ada hikmahanya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda Tok Penghulu sudah bertambahsecara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
“Tok bertuahlah . untung,” begitulah kata mereka. Tok Penghulu berkata sebaliknya.” Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu de hikmahnya.”
Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menungan kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liarnya yang lain. Beditu sebuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana suatu hari petang anak Tok Penghulu jatuh dari kuda yang di tunggang dan anak Tok Penghulu patah tangannya.
Orang kampung tahu bahawa anak Tok Penghulu itu adalah anak kesayang Tok Penghulu lalu mereka datang dan melawat Tok Pengulu yang sedang terlantar. “Malang sungguh nasib Tok. Baru dapat nikmat ditimpa bala.” Kata mereka kepada Tok Penghulu.
Tok Penghulu hanya tersenyum dan berkata “ ini adalah ujian dari Allah. Tentu ada hikmahnya.” Tidak lama kemudian kampung itu didatangi tentera-tentera atasan. Orang kampung bimbang kerana raja mereka terkenal dengan kezalimannya dan tidak berperikemanusiaan.
“Raja memerintahkan supaya anak-anak muda lelaki kampung itu dikumpulkan. Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!” arah ketua Negara itu.
Semua ibubapa dikampung itu berasa sangat sedi kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera itu termasuklah anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangannya.
“ Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanaya membawa orang yang patah tangan.” Kata ketua tentera itu sambil menunding jarinya kepada anak Tok Penghulu.
Pada ketika itu penduduk kampung terngian-ngian kata-kata Tok Penghulu “tentu ada hikmahnya”
(majalah SOLUSI isu No19)


Pengajaran
Setiap apa yang berlaku sama ada baik mahupun buruk pasti ada hikmahnya. Bagi insan ia merupakan terbaik tetapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Janganlah kita bersedih dan menyalahkan takdir yang tertulis untuk kita. Disebalik kepayahan pasti ada kekuatan. Allah menguji kita kerana Allah maha mengetahui bahawa kita mampu untuk merempuh dugaan, rintang tersebut. Kerana dugaan itulah erti sebenar kehidupan ini.
WASALAM… BUAT renungan bersama=)
(Tingkatkan iman dan takwa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png