Isnin, 27 Jun 2011

CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT...



Mengingati diriku yang selalu terlupa...

1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan -Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan- Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang

Sabtu, 25 Jun 2011

SIFAT-SIFAT TERCELA DAN DOSA BESAR DALAM ISLAM:



1. SYARHUL THAA'AM ; gemar kepada makan atau makan terlalu banyak

2. SYARHUL KALAM ; gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.

3. GHA'DHAB ; bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4. BUKHL ; bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

5. HASAD ; dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.

6. HUBBUL JAH ; cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

7. HUBBUN DUNYA ; cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.

8. KIBR ; bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9. UJUB ; merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah nikmat dari Allah.

10. RIA' ; menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Jumaat, 24 Jun 2011

Cinta Manusia

(Gambar Hiasan)

Baru-baru ini banyak benda yang berlaku tanpa ana menduga yang boleh dijadikan iktibar. Banyak kisah-kisah cinta antara manusia yang kita boleh jadikan ia sebagai iktibar. Ceritanya seperti cerita drama dan novel pulakkan. Akan tetapi yang baik ambillah sebagai pedoman dan yang buruk kita elakan agar hidup kita lebih bermakna untuk menuju redho dan bahagia di syurga Allah.
Cinta antara manusia, berbagai-bagai cerita ada yang suka dan ada yang duga tetapi kita kena ingat cinta antara manusia adalah anugerah Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Musliman dan muslimat sekalian Allah tidak menhalang hambanya untuk berkasih sayang sesama manusia antara lelaki dan perempuan tetapi perlulah untuk mengikut landasan yang betul dan mengikut syariat.
Mari kita mula dengan maksud cinta mengikut bahasa perkataan al-hubb atau al-hibb bererti cinta dan kasih sayang. Tahabbaba ilaihi ertinya dia mencintainya. Habiib bermakna kecintaan atau yang dicintai. Menurut istilah kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencinta. Definasi cinta dari ana ialah perasaan kasih sayang antara sesama manusia yang membolehkan seseorang menjadi hamba kepada yang dicintai dan sebaliknya serta cinta itu anugerah Allah kepada hamba-hambaNya.

Maksud sabda Baginda:
“ Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum driku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya dan seluruh manusia.”
( Riwayat al-Nasa’i)

(Gambar Hiasan)

Sahabat-sahabat ana yang ana lihat mereka yang sudah mengalami alam percintaan, ana perhati dan menjadikan cerita mereka sebagai teladan diri agar kita akan tabah sekiranya kita melalui. Yang bercinta ketika bertunang yang bercinta sebelum tunang dan cinta yang tidak berbalas. Berbagai-bagai bentuk cinta antara manusia yang baik, baiklah jadinya dan yang buruk buruklah kesannya. Akan tetapi ana percaya setiap apa yang berlaku pasti Allah selitkan hikmah dihujungnya yang kita akan merasai indahnya hidup didunia yang sementara dan yang Allah pinjamkan kepada kita hambanya. Cuma samaada kita berfikir dan sedar akan hikmahnya.


Seperti mana pesanan Rasulullah SAW
“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerna boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhnya. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.”
(Riwayat al-Bukhari,Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

Tidak perlu kita terlalu untuk mencintai insan lain, cintailah Allah Yang Maha Esa dialah yang berkuasa untuk menanamkan rasa kasih dan sayang dalam hati-hati hambanya. Kerna cinta kepada insan tidak akan kekal lama serta bersifat sementara sahaja, akan tetapi mencintai Allah yang kekal abadi. Pengalaman ana membuat ana lebih tabah dalam memharungi setiap dugaan yang dating. Alhamdulilah Allah member kekuatan pada hati ini agar jangan cepat putus asa dan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Alhamdulilah.

Ada seorang hamba Allah yang telah menyedarkan ana, bahawa cinta hanyalah pada Allah Yang Maha Esa, dengan manusia kita berkasih sayang, saling member dan menerima dalam menuju redho Allah Taala semuanya kerna Allah berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab 33:21
Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri ) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.”

Ramai orang sanggup bermusuhan, bermasam muka, kerna berebut cinta manuasia. Sedarkah kita, sekiranya kita ingin cintai manusia kita perlulah mecintai pencintanya yang telah menjadikannya. Dalam kata, kita akan perolehi cinta itu sekiranya kita benar-benar mencinta Allah, insyallah Allah akan pertemukan kita kepada hambanya yang juga mencinta Penciptanya Allah Taala. Kita adalah cermin kepada pasangan kita bercintalah berlandaskan syariat insyallah selamat dan bahagia dunia dan di akhirat jugak insyallah. Berdoalah dan berdoalah selalu agar kita menemui cinta yang kekal abadi selamanya…. Amin….bercinta hingga kesyurga insyallah.

(Gambar Hiasan)
ﺍﻠﻠﻬﻢ ﺤﺒﺐ ﻋﺒﺪﻚ ﻫﺫﺍ ﺇﻠﻰ ﻋﺒﺎﺪﻚ ﺍﻠﻤﺆﻣﻨﯾﻥ
Maksudnya: Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku.
(Riwayat Muslim)

Waallahualam.. sekiranya ianya baik sesungguhnya ianya dating dari Allah Taala dan kelemahan dan kekurangan itu datang dari diri ini sendiri.
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png