Isnin, 18 April 2011

Perkongsian: Saya Nak Pakai Purdah, Apa Pandangan Akak?

.............ﺍﻠﺴﻼﻡ ﻋﻠﯿﮑﻡ
ﺑﺴﻤﷲﺍﻠﺮﺤﻤﻥﺍﻠﺮﺤﻴﻤ

Pertamanya, ana mengucap syukur kerna Allah telah mempermudahkan usaha ana untuk mencari maklumat dan menambah ilmu dari blog kakchik. ana memng ada niat



....ALHAMDULILLAH.... MARI KITA BACA.....=)



SAYA NAK PAKAI PURDAH, APA PANDANGAN AKAK?

Ana suka mengingatkan ana dan sesiapa sahaja tentang beberapa perkara:

Selepas berbincang dengan Naqibah di sebuah institusi, alhamdulillah ana lebih mantap memahami hukum berpurdah setelah sama-sama mengkaji dengan Naqibah apakah sunat atau wajib yang sewajar-wajarnya menjadi pegangan kami? Oleh itu, kajian kami hendaklah berlandaskan pada kebenaran menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.

Ana sebelum ini berpendapat wajib.

Begitu juga naqibah ana.

Oleh yang demikian, kami sama-sama menyatakan hasil kajian kami mengapa kami meyakini wajib berpurdah. Kami juga mengeluarkan hujah-hujah ulama’ yang mengatakan purdah ini sunat atau harus. Pelbagai hujah dikeluarkan daripada kitab Fiqh sampailah kepada buku-buku ringan tentang wanita dan auratnya. (Hujah yang tidak menghukum WAJIB purdah bagi wanita). Mengapa?

Ini adalah bagi memastikan kedua-dua kami bukan bertaqlid membuta tuli atau sekadar memahami pada surface sahaja. Alhamdulillah, kami boleh memahami kitab bahasa Arab dengan baik.

Ana tunjukkan hujah-hujah bahasa melayu yang telah ana simpan selama pengkajian ana. Naqibah juga menunjukkan hujah yang diyakininya. Ada tiga hujah yang kuat mengatakan seperti berikut: (Boleh rujuk pelbagai Kitab Fiqh): Hujah-hujah lain sengaja tidak disenaraikan di sini kerana tidak kuat untuk menyaingi hujah wajib.

AL-QUR’AN
Ana jelaskan bahawa Surah al-Ahzab (33:59) menunjukkan perkataan ‘jalabibhinna’ yang ditafsirkan ‘tudung’ bagi sesetengah ulama’ dan ‘purdah’ bagi sesetengah yang lain.

HADIS
Ana jelaskan bahawa ada tiga hujah yang kuat mengatakan seperti berikut: (Boleh rujuk pelbagai Kitab Fiqh):

1. Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan). Boleh rujuk teks lengkap dalam Riwayat Abu Daud.

2. Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu. Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah.(Pertikaiannya ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya memusingkan wajah Fudhail). Boleh rujuk teks lengkap dalam banyak kitab.

3. Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah, seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya, Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalannya). Boleh rujuk teks lengkap dalam bnyak kitab.

Oleh yang demikian, kami berbincang tentang penjelasan ulama’-ulama’ bagi setiap hujah:

Bagi Surah al-Ahzab (33:59) menunjukkan perkataan ‘jalabibhinna’ yang ditafsirkan ‘tudung’ bagi sesetengah ulama’ dan ‘purdah’ bagi sesetengah yang lain.

Setelah berbincang, kami berpegang pada pendapat sahabat yang hidup pada zaman Nabi s.a.w iaitu Ibn Abbas yang menjelaskan bahawa perkataan ‘jalabibhinna’ ini bermaksud seluruh tubuh wanita wajib ditutup kecuali mata. Ini adalah kerana pada pendapat kami beliau adalah ulama’ tafsir yang paling memahami apa yang dimaksudkan dalam ayat al-Qur’an yang mulia ini kerana beliau hidup di zaman Nabi s.a.w.

Oleh itu, sebarang hujah ulama’ lain yang menghukum ia sebagai tudung tidak dapat dijadikan hujah memandangkan banyak ulama’ lain mentafsirkan bahawa ia bermaksud purdah juga. Oleh kerana pendapat ulama-ulama adalah pelbagai, tafsiran yang paling rajih sekali ialah melalui mufassir yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. Oleh yang demikian, tafsiran yang paling rajih adalah tafsir Ibnu Abbas. Wallahua’lam.

Manakala bagi hadis pula:

Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini". (Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).

Setelah berbincang, kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, oleh yang demikian kami rujuk kitab hadis Abu Daud dan mendapati bahawa Abu Daud mengatakan bahawa hadis ini mursal iaitu terputus sanadnnya, oleh yang demikian, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana Khalid bin Duraik dikatakan tidak berjumpa dengan Saidatina Aishah r.ha. Oleh yang demikian, hadis ini tidak dapat menyangkal ayat al-Qur’an yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan tidak pula bertentangan dengannya. Ini adalah kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana Abu Daud sendiri yang meriwayatkannya dan tidak pasti kesahihannya.

Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu. Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah. (Pertikaiannya ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya memusingkan wajah Fudhail)

Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini dipertikaikan oleh ulama’ yang menghukum tidak perlu menutup muka ialah kerana Rasulullah tidak memerintahkan wanita itu menutup muka sebaliknya hanya menolehkan wajah sahabatnya Fudhail. Manakala menurut ulama’ yang menghukum wajib menutup wajah mengatakan bahawa ini berlaku ketika ihram. Sebagaimana kewajipan memakai purdah adalah terkecuali ketika solat dan ihram, maka wanita ini tidak wajib berpurdah kerana sedang berihram. Sebab itu, Rasulullah hanya menolehkan muka sahabatnya dan tidak memerintahkan wanita itu menutup mukanya. Oleh yang demikian kedua-duanya mempunyai hujah yang seimbang. Wallahua’lam.

Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah, seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya, Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab soalannya)

Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini menjadi hujah bagi yang mengatakan pemakaian purdah tidak wajib kerana wajah wanita yang berdiri itu kemerah-merahan, oleh yang demikian ia jelas terbukti wajahnya kelihatan. Namun pendapat ini dipertikaikan oleh ulama-ulama’ yang menghukum wajibnya purdah kerana hadis ini tidak tercatatkan bila, oleh itu terdapat kemungkinan ia berlaku pada solat hari raya antara tahun-tahun sebelum tahun kelima hijrah. Ini adalah kerana kewajipan menutup aurat diperintahkan pada tahun kelima hijrah sedangkan kewajipan solat hari raya pada tahun kedua atau ketiga hijrah. Selain itu, wanita ini juga berkemungkinan telah tua bangka kerana wanita yang telah menopause atau tiada berkeinginan berkahwin diizinkan menanggalkan purdahnya berdasarkan ayat al-Qur’an Surah an-Nur ayat ke-60. Oleh itu kedua-dua hujah adalah seimbang. Wallahua’lam.

Kesimpulannya, kami berpegang pada aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali mata di hadapan lelaki ajnabi kecuali ketika solat dan ihram.

Oleh yang demikian tiada pertikaian mengenai menutup dahi atau tidak dan memakai sarung tangan atau tidak. Bagi yang berpegang pada sunat, perlulah berdasarkan dalil yang rajih yang telah dikaji begitu juga bagi yang berpegang pada wajib perlulah didasari kajian dan penelitian dalil yang adil dan bukan ikut-ikutan.

Bagi mereka yang berpegang pada wajib, namun tidak mendapat restu ibu bapa. Wajib berpurdah kerana kita bertanggungjawab pada Allah bukan pada manusia. Walaupun ibu kita menangis dan memulaukan kita. Kita wajib taat pada Allah. Tidak ada ketaatan pada ibu bapa di atas perkara-perkara maksiat. Adalah kemaksiatan bagi seorang ibu menyuruh anaknya menanggalkan purdah sedangkan anaknya berhukum pada wajib berdasarkan dalil yang paling rajih yang telah dikajinya. Oleh yang demikian seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan mazhab pegangannya. Jika dia berpegang pada wajib memakai purdah, maka tiada sesiapa boleh menghalang atau mengatakan ia wahabi atau ekstremis (berlebih-lebihan). Ini adalah kerana setiap orang ada mazhabnya sendiri dalam Fiqh, dan oleh itu tidak boleh mengatakan orang salah atau menuduh sembarangan atau menuduh orang lain berlebihan hanya kerana ORANG LAIN YANG BERBEZA PANDANGAN sedangkan dia telah mengkaji tentang hukum tersebut. Maka, wajib atau sunat itu pendapatnya. Begitu juga apabila seseorang itu telah mengkaji bersungguh-sungguh tentang hukum purdah dan menghukum ia sebagai sunat, maka tiada sesiapa boleh memaksanya. Ini hanya dalam hal jika ia TELAH MENGKAJI DAN MENDALAMI ILMU MENGENAINYA.

Wallahua’lam bissowab. (COPY DARI http://keluargakusayang.blogspot.com )

Sabtu, 9 April 2011

Renungan Untuk Kaum Hawa



Apabila hati diserahkan kpd Allah,kekallah wanita dgn asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan penawar dihati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya,kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Allah dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati yang bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:

'"Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah" (Hadis Riwayat Ahmad)

Didunia bidadari mencemburui kesolehahannya dan diakhirat bidadari sudi jadi khadamnya.Sebaliknya,jika hati dibawa jauh dari Allah,hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau.Apabila wanita lari dari ikatan Allah,maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan.Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikkan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.Ibarat bunga sejati dan bunga plastik,jika bunga plastik disembur pewangi,harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati..tapi haruman itu tidak kekal.Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar,ia haruman palsu yang bersifat luaran.Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal.Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan,dijambangan ataupun sekadar tumbuh dipinggir belantara.Sebaliknya,bunga plastik tetap kaku,haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah dijambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah- si gadis dihiasi sifat sopan dan malu, si anak mentaati ibu bapa, srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat, si isteri penuh ketaatan,kesetiaan dan kasih terhadap suami.Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta.Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki 'perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga.Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang abadi..

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Allah masih mampu mnjadi perhiasan dunia yg digilai oleh segenap lelaki. Kecantikkan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sanggup berkorban segala-galanya.Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan 'palsu' ini.Hati menjadi sempit dan diakhirat terseksa tanpa batas.

Wanita boleh memilih untuk menjadi 'bunga sejati' yang mana wanita solehah yang membawa tenang atau wanita juga boleh memilih untuk menjadi 'bunga plastik' yang mana wanita yang mengundang kacau bilau,kemelut dan kehancuran. Wanita sentiasa ada pilihan..maka pilihlah..Wanita hanya akan layak menjadi 'bunga sejati' jika hatinya tunduk kepada Allah. Maha Suci Allah yang telah memuliakan wanita dengan sifat-sifat 'solehah'

(share from my friends Umi =))

4 SOALAN DIHARI MAHSYAR



Rasulullah SAW brsabda yg bermaksud:

" Dihari Akhirat Allah akan brtanya kpd setiap manusia: Hai manusia,bukankah Aku telah kurniakan kpd engkau kemeriahan masa remaja?Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang?Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan?Bukankah Aku telah kurniakan rezeki yang melimpah?Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu?Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu?Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan?" (Al-hadis)


Huraian Hadis:

4 soalan penting yg dikemukakan oleh Allah SWT diAkhirat ialah:-

soalan mengenai alam remaja yang mana suatu lembaran hidup slepas bermulanya taflik syarak. Allah tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak2 krn usia kanak2 belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung dlm syariat.Alam remaja merupakan zaman kejutan kpd suatu perubahan emosi,saat remaja mulai terdedah dgn persoalan kejantinaan.Suatu cabaran baru mengenai panduan,kawalan dan kejayaan dlm mghadapi masa remaja bergantung kpd sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus
soalan mengenai umur yg panjang yang mana apabila menempuh usia dewasa dan hari tua,beerti Allah telah mengurniakan umur yang panjang.Mengharungi kehidupan yang panjang beerti lebih banyak peranan yang harus dipikul.Sebagai individu insan,berbagai kelengkapan perlu disediakan,iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu,amal soleh merupakan buah kpd ilmu.Sebagai ketua keluarga,dia bertanggungjawab memikul peranan dlm memimpin rumahtangga,mengasuh keluarga dgn didikan berasaskan ketaqwaan.Sebagai anggota masyarakat,dia berperanan sbagai pemimpin yg mngajak manusia kearah mematuhi ajaran Islam atau mnjadi manusia yg sedia dipimpin dlm suatu wadah perjuangan Islam
soalan mengenai rezeki yg melimpah yg mana Allah telah mnjanjikan rezeki kpd setiap hamba-Nya yg diciptakan dimuka bumi ini.Manusia sbgai khalifah adalah makhluk istimewa yg dikurniakn berbagai kekayaan dunia samada kekayaan yang terpendam diperut bumi,kekayaan dilautan,kekayaan didaratan dan juga kekayaan diudara.Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat2 yg msti dipergunakn utk melakukan ketaatan kpd Allah SWT.Segala yg bersangkutan dgn harta kekayaan Allah kurniakan itu adalah antara soalan yg msti dijawab di dataran Mahsyar kelak.Harta halal yg terhimpun byk akan mlmbatkan seseorg masuk syurga.Sebaliknya harta yg diperoleh scara haram akan mnjadi api pmbakar utk dirinya sendiri didlam neraka.
soalan mengenai Ilmu yg mana sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sbagai makhluk yang istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun,tidak lain krana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan.Justeru itu manusia adalah makhluk mulia sejak dr penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. sebagaimana yg digmbarkan Allah dlm ayatnya yg bermaksud:
"Dan Dia mengajarkan kpd Adam (ilmu) nama-nama(benda) seluruhnya,kemudian mengemukakan kpd Malaikat lalu berfirman,"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang dari golongan yg benar." (Al-Baqarah:31)

Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kpd Nabi Adam a.s. itu tidak disahut oleh para Malaikat,sebagaimana pengakuan para Malaikat yg terkandung dlm Al-Quran yg bermaksud:

" Mereka menjawab: Maha Suci Engkau,tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yg telah Engkau ajarkan kpd kami,sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana." (Al-Baqarah:32)

Oleh yg demikian,Allah akn mempersoalkan ilmu yg dikurniakan kpd hamba-Nya kelak kerana ilmu juga boleh digunakan utk kebaikan yg mmberi manfaat dan mengangkat darjat manusia.Sebaliknya ilmu juga bole disalahgunakan hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri..
(copy dari Umie Kalsum Mohmad my friend (^_^)
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png