Sabtu, 22 Januari 2011

Solat hormat waktu



Suatu tanggapan umum di dalam masyarakat ini ialah: jika seseorang itu tidak dapat melaksanakan solat dalam bentuk yang biasa diamalkan, dia hendaklah melakukan ‘solat hormat waktu’. Antara situasi yang memerlukan perkara itu seperti tidak dapat ‘menyempurnakan wuduk’ lantaran tangan atau kaki atau mana-mana anggota wuduk tidak boleh dibasuh seperti biasa atau berada di dalam kapal terbang atau seumpamanya. Apabila keadaan itu sudah pulih, wajib ke atas orang yang ‘solat hormat waktu’ itu mengqada’ kembali solat tersebut.


Para sahabah di zaman nabi S.A.W. A’isyah r.a menceritakan :
Terjemahan : «Bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah S.A.W menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya. Lalu tiba waktu solat, dan merekapun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi nabi S.A.W, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat Tayammum»[8]



Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806H) menyatakan bahawa ada empat pendapat dari Al-Syafi‘i berhubung solat tanpa taharah. Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafi‘i) ialah: wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu salah satu daripadanya (wuduk atau tayammum).[9] Pendapat yang keempat ialah: wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani, kata Abu Thaur : inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibn ‘Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha’. Kata Al-Nawawi : sesungguhnya ia pendapat yang paling kuat dalil dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadith ini iaitu mereka (para sahabah) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayammum, dan tidak dinukilkan bahawa nabi S.A.W mengarahkan mereka untuk mengulanginya.[10]


Rujuk:
[8]. Al-Ansari, Zakaria Bin Muhammad. Syarh Al-Bahjah Al-Wardiyyah. http://www.al-islam.com

[9]. Al-Haithami. Majma‘ Al-Zawa’id wa Manba‘ Al-Fawa’id. http://www.alwarraq.com

[10]. Al-Iraqi, Abd Al-Rahim Bin Al-Hussain. Tarhu Al-Tathrib. http://www.al-islam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png