Sabtu, 26 Februari 2011

pemergianmu- Inteam

Pemergianmu





Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu



Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Jumaat, 11 Februari 2011

INGATAN BUATMU PEMBANTU AGAMAku



Wahai isteriku
Hari ini aku pergi
meninggalkan mu
meninggalkan anak-anak kita
Dan meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan

Hari ini aku pergi
karena perintah dari Dzat
Yang telah melontarkan getaran di hatiku
Ketika aku menatapmu
Disaat malam pertama kita

Hari ini aku pergi
Untuk menyenangkan hati seseorang
Yang telah korbankan hidupnya
Untuk kebahagiaan kita hari ini
Sehingga kau dan aku berjumpa
Dalam keadaan Islam

Hari ini aku pergi
Untuk menghapuskan luka
Saiyyidul Anbiaya Muhammad SAW
Karena lautan maksiat
Yang telah dibuat
Orang yang mengaku sebagai ummatnya

Jadi....Wahai isteriku
Aku pergi tinggalkan kamu
Untuk datang kepada Dzat
Yang memiliki hati kamu
Hingga bersemi cinta diantara kita

Aku pergi tinggalkan kamu...
Bukan karena aku tak menyayangimu
Sejak aku menjadi suamimu
Hatiku......
Tak pernah sedikitpun kehilangan cinta untukmu

Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk
Mengawasi cinta kita
Ada tangan yang akan memukul kita
Ketika cinta kita melebihi cinta kepadaNya

Manakala aku melupakanNya
Karena sibuk mengurusimu
Kerugian demi kerugian akan datang
Dalam kehidupan rumahtangga kita

Jika esok.....
Ketika kau terbangun dari tidurmu
Kau tak dapati aku disisimu
Maka segeralah bertasbih, bertahmid!!!
Alhamdulillah...Kenapa?
Bukankah Ummul Mukminin Aisyah Rha
Ketika merasa senang
Karena hidup bersama kekasih Allah

Maka Rasul SAW sabdakan:
"Bahawa orang yang paling bahagia
adalah orang yang suaminya keluar
di jalan Allah...Karena dia bukan hidup
dengan kekasih Allah....tetapi hidup
bersama allah SWT"

Jika esok....
Ketika melihat kamar kita sepi
Tak ada canda ceria seperti hari sebelumnya
Maka ...bayangkanlah olehmu
Bagaimana rumah sahabiah?
Suami mereka selalu pergi bawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur

Tetapi mereka tetap katakan
Biarlah rumah kami sepi
Asalkan rumah-rumah diseluruh alam
Penuh dengan Nur Iman

Jika esok ...
Tak ada tangan
Yang memberi suapan ketika kau makan
Seperti yang biasa ku lakukan kepada mu
Yakinlah wahai isteriku ..
Allah SWT akan beri suapan padamu
Hidangan yang memiliki 70 rasa di Jannah
Yang tak akan jadi kotoran yang jijik
Mengeluarkan keringat melebihi kasturi

Ketahuiah isteriku...
Bahawa makanan di dunia
Mengandungi racun yang jadi penyakit
Jika tak di buang hajat

Jika esok.....
Musibah, ujian dan sejuta masalah
Datang dalam kehidupanmu tanpaku
Lihatlah kepada hatimu.............
Kemana kamu berlari?
Saat itu Allah ingin melihat iman kamu
Yang hari-hari bergantung kepadaku.

Kini Jika kau berwudhuk,
Dirikan solat.........
Adukan urusan mu kepada Rabb mu
Kau akan bahagia di dunia yang sementara
Dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Nasyid oleh Rabbani - Anak Soleh

Tips untuk berjaya di IPT



RAHSIA KEJAYAAN SEBENAR PELAJAR DI IPT…LUAHAN HATI SEORANG PENSYARAH

Pelajar baru mula mendaftar di UiTM seluruh Malaysia untuk kemasukan Disember 2010. Ibu bapa serta ahli keluarga (termasuk Tok & Tok Wan) turut mengiringi cucu kesayangan ke UiTM..

Mereka berasa amat bernasib baik kerana di beri peluang untuk mengikuti kursus yang dipilih walaupun tidak berjaya untuk kemasukan Julai yang mana persaingan akan lebih hebat dan sengit.

Maka rebutlah peluang dan ruang yang telah diberikan Allah SWT agar menjadi mahasiswa cemerlang dunia dan akhirat. Sesungguhnya ALLAH SWT telah mencipta manusia sebaik-baik kejadian sebagaimana yang termaktub dalam surah At-Tin:4 yang bermaksud..”Sungguh..Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.”

Lumrah dalam kehidupan manusia, remaja pelajar dalam lingkungan umur 18 hingga 22 tahun ada kalanya terdorong menjadi lalai dan alpa di pertengahan jalan, hasil pertembungan budaya dan cara hidup yang berbagai, seperti rakan taulan, teman sebilik dan sebagainya. Ada juga yang di hanyutkan oleh suasana kampus yang agak danggal dibandingkan dengan suasana kampung, ada juga yang terbawa-bawa dengan hasutan dan desakan kawan.

Apakah peranan dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar? Pertamanya, sedarilah bahawa seorang pelajar yang ikhlas mesti merasai tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pelajar di menara gading. Sebagai seorang Muslim, anda sepatutnya dan mesti memperagakan pekerti seorang Muslim tulin, tanggung jawab terhadap Maha Pencipta, ALLAH SWT mesti di tunaikan setiap waktu dan ketika. Keduanya, anda seharusnya memilih sahabat karib yang dapat mengingatkan hubungan hamba dengan ALLAH SWT sangat perlu diambil berat. Anda dianjurkan agar merebut peluang untuk menguasai diri dan memimpin pelajar-pelajar lain kearah kebaikan dan kebajikan. Sedarilah, bahawa ramai lagi insan lain yang tidak diberi peluang untuk menjejak kaki ke menara gading. Justru menafaatkan masa anda sewaktu di kampus dan perkukuhkanlah minda anda untuk menjadi pelajar yang terbaik sementara peluang masih ada.

Kejayaan pelajar sebenar berada di tangan anda masing-masing. Kami, sebagai pensyarah yang telah mengajar puluhan tahun di kampus, mempunyai banyak kesah benar tapi pelik, kisah kisah yang boleh di kongsi bersama sebagai inspirasi untuk anak-anak agar terus bangun dan cipta kejayaan dalam kehidupan. Kami hanya boleh membantu anda untuk mendapat KUNCI KEJAYAAN dan kunci tersebut boleh dalam berbagai bentuk samada dari emas, perak atau gangsa. Anda sendiri yang akan menentukan jenis kunci kejayaan anda, pergunakanlah peluang dan masa dengan sepenuhnya, dengan sungguh sungguh, sementara kami pensyarah akan pimpin dan berikan halatuju kearah kejayaan anda. Di antara syarat kejayaan adalah:

1.Kebolehan diri (Ability) dan Kesesuaian kursus
2.Kehendak tinggi dalam bidang yang diminati
3.Kesungguhan berterusan
4.Kebergantungan tinggi pada Allah SWT
5.Keseimbangan dunia akhirat
Sebagai inspirasi dan iktibar, kami perturunkan beberapa kisah benar yang boleh membakar semangat anda untuk terus bangun menempa kejayaan, agar tidak sesekali mengaku kalah selagi mampu menghirup udara TUHAN:

1.Pelajar A telah di tawarkan biasiswa untuk terbang ke luar negara sebelum keputusan SPM diumumkan oleh kerana keputusan cemerlang semasa tingkatan 4 & 5. Namun “cuaca panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari”. Pelajar A terlalu terpengaruh dengan pertembungan persekitaran dan budaya di bumi baru telah gagal seawal semester 2 dan di hantar balik oleh penaja. Walaupun terlalu malu dengan kegagalan ini, namun digagahi diri beliau telah mendaftar diri di UiTM. Dengan kesedaran baru, beliau lalu bangun semula dengan penuh keinsafan, menggugahkan diri, mengkoreksi diri dan terus menempa kejayaan yang dicita cita seperti yang di dambakan akhirnya.
2.Pelajar B telah di tawarkan ke Pusat Persediaan Pelajar (Program Persediaan untuk luar negara). Namun atas faktor yang melalaikan pelajar B, beliau dapat keputusan yang tidak mencukupi untuk terbang ke luar negara. Nasib tidak selalu menyebelahi beliau dan seharusnya menjadi iktibar. Beliau mendaftar diri semula dengan UiTM sebagai pelajar baru. Dengan kesedaran beliau terus membela diri dan qalbu, lantas mekar hingga menggarap harapan baru dan azam, beliau mencapai cita-cita ijazah pertama, kedua dan akhirnya menerima ijazah Kedoktoran.!!
3.Pelajar C berada di tahun akhir di salah sebuah IPTA. Namun cita-citanya menjadi “mimpi di siang hari” apabila keputusan tidak memuaskan, dan berakhir dengan di buang keluar tanpa belas kasihan. Beliau gagal sekali, tetapi ini bukan bermakna gagal seumur hidup. Pelajar C cuba merebut peluang sekali lagi lalu mendaftar diri dengan UiTM pada kali kedua, dalam bidang berlainan…Beliau terus fokus dan menyusun strategi kehidupannya, dan tidak mahu gagal kali kedua ..Pelajar ini akhirnya berjaya dengan cemerlang dan kini jadi jurutera perunding yang sangat berkerjaya tinggi.
4.Pelajar D adalah seorang yang sederhana dan biasa-biasa sahaja ketika di sekolah rendah dan menengah. Namun, UiTM adalah satu-satunya IPTA yang menerima dengan keputusan SPM yang tidak seberapa menyerlah itu. Setelah menyedari di mana dirinya telah ditaqdirkan Ilahi, beliau terus merebut peluang terakhir ini untuk sampai ke peringkat Diploma, terus menyambung ke Ijazah pertama, ijzah kedua dan kini sedang menghabiskan Ijazah Kedoktoran.
5.Pelajar E tidak berapa berjaya sewaktu di sekolah menengah dan hanya mampu mendaftar diri di UiTM sekadar jurusan sains sosial seperti seni lukis, seni kasut, seni grafik dan yang seumpanya. Namun usaha gigih yang berterusan dan keyakinan bahawa ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan usaha hambaNYA yang telah meluhurkan jiwanya. Beliau terus membangunkan potensi dirinya dan dengan tekun membentuk keyakinan bagi memantapkan langkah menuju kejayaan akhirnya hingga buka syarikat/ firma sendiri.

Senario di atas menunjukkan setiap pelajar adalah juga manusia yang mempunyai potensi diri, yang telah dibekalkan oleh ALLAH SWT. Namun manusia tetap manusia, di kala umur muda manusia tetap mempunyai sifat alpa, lalai, cuai dan kadang-kadang terbabas. Justru, jika seorang insan itu digugah hati dan jiwanya hingga mampu bangun semula, mereka mencuba dan terus mencuba di samping istiqomah dan tawakkal kepada YANG MAHA KUASA, insan tersebut akan mampu mencipta sejarah dalam kehidupan yang akan datang.


Anda harus ingat bahawa, mereka yang berjaya dalam kehidupan adalah juga mereka yang pernah melalui kegagalan sekali and beberapa kali dalam kehidupan mereka, namun kita perlu BANGUN SEMULA & MENCUBA DAN TERUS MENCUBA HINGGA BERJAYA, selagi mampu menghirup udara TUHAN Rabbul Jalil. Ini juga membuktikan bahawa ALLAH SWT tidak pernah menghampakan kesungguhan hambaNYA yang sentiasa rapat denganNYA dan mengharapkan pertolongan kepada YANG MAHA KUASA, MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.


Maksud surah al Mukmin :60 Dan Tuhanmu berfirman, “ Berdo’alah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan bagimu……….”


Hidup berpandukan Syari’at pasti Berkat

Selamat Maju Jaya Dunia dan Akhirat.


Pauziah Mohd Arsad (http://ikramshahalam.my/aktiviti/)

Rabu, 9 Februari 2011

Sudah TERjatuh baru rasa sakitnya.....hati-hati-hati

Perasaan...


sesuatu rasa yang Allah s.w.t kurniakan pada hambanya nikmat merasa sayang, benci, sedikit marah klo kita cuma mengawalnya dan suka pada seseorang serta bersyukur akan nikmat ALLAH s.w.t. Ana tidak pernah menyesal atas apa yang Allah taala telah tuliskan dalam perjalanan hidup ni, bahkan ana bersyukur atas segala kesempatan, hajat yang telah Allah makbulkan. Ana akui ia hanyalah perhiasan ataupun corak hidup yang banyak ana pelajari darinya atas talbiah yang Allah berikan ini.

Ana tidaklah pandai untuk menyatakan nasihat tetapi ada cerita yang ana nak kongsikan bersama, dan ambillah pengajaran yang mana ada kebaikan disebaliknya dan yang buruk jadikanlah ia sesuatu pengajaran agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama....Insyallah...

Pada Jan 2008, bermulalah ana berkenalan seseorang insan yang pernah ana jumpa sewaktu zaman sekolah menengah sewaktu pertandigan Tadarus Al-quran dan pertandigan Nasyid ANTI Dadah Daerah Muar.Insan ini ana cuma tahu nama dan suaranya sahaja, tidak pernah melihat wajah sebenarnya,tp tidak lah hensem tapi bagi ana sejuk mata memandang. Ana berdoa, semoga Allah pertemukan ana dengan insan ini pada satu hari nanti. Ana berjumpa insan ini waktu menyambung pelajaran Diploma.

Bila ana mendengar suaranya, ana sudah kenal ni pasti insan yang ana hendak sangat jumpa. Hafazan, bertaranum, bernasyid, berzanji dan watak yang seperti yang idamkan ada pada insan ini.
Ana terlalu sayang pada ibu abah seperti insan lain. Abah sudah lama meninggal dunia ttp ana masih ingat segala kenagan bersama abah tercinta. Minyak wangiannya, suaranya,perihatian abah sama seperti insan yang ana jumpa ni. Kerana itulah ana mula merasa sesuatu perasan yang anih terhadap insan ini.

Dipendikan cerita, ana mula couple sementara sahaja dengan insan ini kemudian pisah. Hikmah dari apa yang berlaku yang sebenarnya ana nak kongsikan bersama. Sebelum ana berkenalan rapat dengan insan ini, ana beranggapan bahawa couple tu tidak berdosa tetapi setelah itu ana tahu ia adalah berdosa serta banyak perubahan yang baik yang telah berlaku pada diri ni, alhamdulillah Allah telah memberi ana kesedaran assebab ana berkenalan dengan insan ini.

Kesedihan memang terasa tetapi kita kembali semulalah pada Allah yang Maha Pencipta, insayallah hati yang Berat akan jua menjadi ringan.Ikhlaskan hati untuk memaafkan orang yang pernah melukai kita insyallah hati tidak akan merasa gelisah. Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk merawat hati yang sedang bersedih yang mersakan tiada yang amil peduli, fikir dan fikirkan akan Allah...insyallah segala menjadi mudah.

Kerana hati merasa tidak tenteram dan tenang ana mencuba berbagai cara untuk memulihkannya agar selalu menjadi tenang. Ana mula menyebukkan diri dengan usrah, taklim bersama isteri-isteri karkun, ceramah-ceramah agama, nasyid,belajar menghafaz Al-quran, hadir majlis-majlis berzanji mauludirasul dan berzanji meraikan pengantin baru. Cuba dan cuba untuk melupakan insan yang ana merasakan ana sudah jumpa insan idaman kalbu, kononnya pada waktu itu.

Sejak dari itu ana lebih banyak melakukan amalan yang dapat melupakan pada insan dan lebih untuk mengingati pada Allah yang Maha Esa. Iman dan takwa adalah pucuk pannggal untuk kita menjadikan hati ini teguh pendiriannya agar tidak berbolak balik hati ni. Ana ingin mencintai yang hakiki dan ana yakin bila kita mencari cinta Allah pasti insan yang juga mencintai Allah akan kita temui, insyallah.

Perasan yang suka mara juga hilang dengan ada kelembutan iman dalam hati kita. Ana juga bersyukur kerana dipertemukan dengan insan ini, sekiranya ana tidak melaluinya mungkin ana masih lagi tidak sedar akan Cinta Allah Yang Maha Agong.

Ana tidak lagi mengaharap pada cinta manusia yang penuh dengan janji kosong yang tidak ditepati dan akan mengundang dosa. Ana tidak lagi benci ataupun marah pada insan ini yang pernah ana sukai dulu ataupun berdendam padanya, dan setiap kali ana teringat pada insan ini akan ana kirim Al-fatihah, dan tidak putus-putus mendoakan insan ini akan menemui kebahagiannya satuhari nanti. amin.... Ana bersyukur kerana dia telah membantu, membimbing ana dalam agama Allah ini dan menyedarkan ana.

Kini Allah telah memberikan ana seorang kawan-kawan dari Isteri-Isteri karkun yang banyak bagi ana nasihat. Alhamdulilah...

Pengajarannya, adik-adik yang masih muda jangan cuba-cuba untuk bercinta ataupun couple sebelum nikah,sekiranya tidak mahu menjadi lemah dan lalai dengan cinta yang sementara. Kerna Islam itu sangat indah, bercinta hanyalah selepas niqah. Terutama pada yang bergelar anak gadis, alangkah lagi cantik dan molek dipandang jika kita menjaga batas-batas yang ditentukan syariat. Bila kita menjaga hak Allah pasti Allah akan menjaga kita insyallah.... segala dengan izinnya. Yang berlalu jadikan iktibar yang akan mendatang jadikan lah ia satu sejarah yang membahagiakan.

Moga kita selalu mendapat rahmatNya..
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png