Isnin, 3 Januari 2011

TANDA-TANDA ORANG YANG BERILMU



o Mengamalkan ilmunya, mendapatkan berkat ilmu dan ikhlas demi mengharapkan redha Allah, baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan.

o Bermanfaat bagi manusia lain, memberikan pengaruh yang baik bagi lingkungan sekitarnya, menyebarkan ilmu dan tidak menyembunyikannya untuk dirinya sendiri.

o Sabar menghadapi cubaan, lapang dada saat dijauhi orang dan rendah hati dalam segala keadaan.

o Zuhud terhadap dunia, sentiasa bermohon kepada Allah s.w.t agar dijauhkan dari perkara-perkara yang fana dan dikurniakan kebahagian yang kekal di akhirat kelak.

o Berakhlak mulia, berperibadian agung dan jauh dari cela.

o Memiliki semangat yang tinggi dalam menulis, menndidik generasi dan melakukan kebaikan.

o Membuang jauh-jauh taklid dan hanya bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah.

o Memahami hakikat, mengenal tujuan-tujuan syariat dan mengetahui rahsia-rahsia syariat.

o Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak dan berusaha kuat mengungkap kebenaran.

o Menjauhi perkataan yang kotor dan tercela, serta meninggalkan hadith-hadith yang palsu.

o Memahami reality dan perkembangan zaman serta turut serta berjuang didalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png