Isnin, 3 Januari 2011

ANTARA HADIS DIRIWAYAT OLEH SITI AISHAH




 Diriwayatkan daripada Saidatina Siti Aishah r.ha katanya: Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatulkadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

 Aishah r.ha berkata : “Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi SAW. Kemudian baginda memakainya untuk solat. Sedangkan masih basah (baju yang dipakai Nabi) kesan air basuhan itu pada bajunya.


 Daripada Aishah r.ha telah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

 Dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Aishah r.ha berkata: “ Saya mendengar Rasulullah bersabda: Seorang mukmin boleh mencapai dengan akhlaknya yang baik tahap orang yang berpuasa dan berqian (solat malam)”.

 Aishah r.ha berkata : “ Aku bertanya : Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku menemui Lailatul Qadar, apakah yang harus aku ucapkan didalamnya? Baginda SAW menjawab, katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku”. (riwayat At-Tirmidzi, hadis hasan sahih).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png