Sabtu, 22 Januari 2011

Solat hormat waktu



Suatu tanggapan umum di dalam masyarakat ini ialah: jika seseorang itu tidak dapat melaksanakan solat dalam bentuk yang biasa diamalkan, dia hendaklah melakukan ‘solat hormat waktu’. Antara situasi yang memerlukan perkara itu seperti tidak dapat ‘menyempurnakan wuduk’ lantaran tangan atau kaki atau mana-mana anggota wuduk tidak boleh dibasuh seperti biasa atau berada di dalam kapal terbang atau seumpamanya. Apabila keadaan itu sudah pulih, wajib ke atas orang yang ‘solat hormat waktu’ itu mengqada’ kembali solat tersebut.


Para sahabah di zaman nabi S.A.W. A’isyah r.a menceritakan :
Terjemahan : «Bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah S.A.W menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya. Lalu tiba waktu solat, dan merekapun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi nabi S.A.W, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat Tayammum»[8]



Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806H) menyatakan bahawa ada empat pendapat dari Al-Syafi‘i berhubung solat tanpa taharah. Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafi‘i) ialah: wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu salah satu daripadanya (wuduk atau tayammum).[9] Pendapat yang keempat ialah: wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani, kata Abu Thaur : inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibn ‘Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha’. Kata Al-Nawawi : sesungguhnya ia pendapat yang paling kuat dalil dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadith ini iaitu mereka (para sahabah) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayammum, dan tidak dinukilkan bahawa nabi S.A.W mengarahkan mereka untuk mengulanginya.[10]


Rujuk:
[8]. Al-Ansari, Zakaria Bin Muhammad. Syarh Al-Bahjah Al-Wardiyyah. http://www.al-islam.com

[9]. Al-Haithami. Majma‘ Al-Zawa’id wa Manba‘ Al-Fawa’id. http://www.alwarraq.com

[10]. Al-Iraqi, Abd Al-Rahim Bin Al-Hussain. Tarhu Al-Tathrib. http://www.al-islam.com

TENTANG HATI




Mencari dan terus mencari Cinta Ilahi
Ana terbaca satu article tentang hati dalam majalah solusi. Banyak mesej yang ana dapat dan faham yang boleh ana kongsikan disini.
HATI….. akan tenang dengan mengigati Allah… ‘Subhanallah…walhamdullilah…walilaha illallah Allahuakbar,’ hati yang resah gelisah pun akan menjadi semakain tenang dan sayup. Melemahkan ati yang sedang marah, melembutkan hati yang keras dan mendekatkan hati hamba ini dengan Allah yang Maha Pencipta.
Badan yang lemah dan tidak bermaya memerlukan makanan yang berkhasiat yang boleh membekalkan tenaga dan untuk badan kekal sihat. Begitu juga dengan hati kita, hati yang lemah mudah digoda syaitan yang akan menggoda kita untuk melakukan kemungkaran.
MAKANAN HATI
Kalau luaran kita suka makan makan kegemaran kita, contohnya coklat, asam pedas, tomyam, ikan 3 rasa, ayam goreng, tapi adakah itu juga makanan hati? Apa yang sedap, enak menjadikan hati kita tenang? Tentu sekali tidak. Amalan-amalan wajib dan sunat yang dilakukan dengan hati yang khusuk dapat mendamaikn hati kita. Zikir- zikir yang dilafaz sambil hati juga melafaz dapat menenagkan hati. Membaca al-Quran dan tafsirannya juga satu amalan yang sekiranya kita istiqamah lakukan hati juga akan menjadi tenang.
Hati kita ini ibarat kertas yang kita lukiskan atasnya. Apa sahaja perilaku yang kita lakukan akan ada kesan pada hati yang lembut yang Allah anugerahkn pada kita ini. Dalam erti kata lain, natijah ataupun perlakuan maksiat atau perbuatan yang melanggar perintah Allah akan beri kesan pada hati kita. Sama ada akan menjadi hitam ataupun putih.
Contohnya, kita lukiskan satu titik diatas satu helai kertas A4, tentunya kita akan mudah nampak titik itu tetapi sekiranya kita lukiskan satu titik yang same pada helaian kertas yang penuh dengan tulisan tentu sekali kita sukar untuk mencari dan melihat titik yang sama.
“Kemanisan dan kelazatan beribadat tidak lagi dapat dirasakan. Tembok pengadang terbina, menghalang kepada masuknya cahaya ilmu dan iman . walaupun pengwtahuan setinggi langit dunia, tetap saja ia tidak meresap ke dalam jiwa. Tidak ada daa kekuatan untuk mengamalkannya. Inilah impak dari hati yang hitam dengan dosa”
( dari majalah solusi #20 .ms59)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terhakislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Riwayat Ibn Majah no.4244)
Firman Allah :
“Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka akn ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melighat kesalahan-kesalahannya.” ( Surah al-A’raf 7:201)
Allah suka pada hambanya yang sentiasa ingat kepada Nya. Jika kita banayak mengingati Allah, menginsafi kebesaran Allah dan menyedari keagungan Allah. Insya-Allah, dengan selalau berzikir hati kita akan menjadi bersih, lembut, lebih halus dan lebih peka untuk menyedari kesilapan dan dosa yang kita lakukan terutama dalam hal-hal yang tersembunyi seperti penyakit hati, sombong, riyak dan lain-lain.

Kesimpulannya, kedamaian hati itu akan lahir apabila kita sentiasa mengigati pencipta-Nya. Hati ini pinjaman Allah pada kita hambanya, maka kita perlu auntuk menjaganya agar hati ini tidak resah gelisah kerana terpedaya dengan hasutan syaitan yang derhaka. Allah maha mengetahui apa yang diperlukan oleh hamba-hambanya. Oleh itu, kita perlu untuk berusaha untuk membersikan hati ini dengan bersungguh-sungguh, tingkatkan iman dan taqwa kepada Allah yang maha Esa.
Firman Allah:
Orang yang beriman itu( yang semperna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabiala dibaca kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman mereka”( Surah al-Anfal 8:2)
Moga kita semua muslim dan muslimat sentiasa mencari dan terus mencari Cinta Ilahi………

Ada Hikmahnya……..



Tok penghulu dan anaknya membela seekor kuda. Mereka sangat menyayangi kuda itu. Suatu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu tentang perkara tersebut berkata kepada Tok Penghulu,” Kami bersimpati atas kehilangan kuda kesayangan tok, tentu tok sedih…”
Sebaliknya tok Penghulu tersenyum dan berkata,”Tak apalah. Mesti ada hikmahanya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda Tok Penghulu sudah bertambahsecara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
“Tok bertuahlah . untung,” begitulah kata mereka. Tok Penghulu berkata sebaliknya.” Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu de hikmahnya.”
Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menungan kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liarnya yang lain. Beditu sebuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana suatu hari petang anak Tok Penghulu jatuh dari kuda yang di tunggang dan anak Tok Penghulu patah tangannya.
Orang kampung tahu bahawa anak Tok Penghulu itu adalah anak kesayang Tok Penghulu lalu mereka datang dan melawat Tok Pengulu yang sedang terlantar. “Malang sungguh nasib Tok. Baru dapat nikmat ditimpa bala.” Kata mereka kepada Tok Penghulu.
Tok Penghulu hanya tersenyum dan berkata “ ini adalah ujian dari Allah. Tentu ada hikmahnya.” Tidak lama kemudian kampung itu didatangi tentera-tentera atasan. Orang kampung bimbang kerana raja mereka terkenal dengan kezalimannya dan tidak berperikemanusiaan.
“Raja memerintahkan supaya anak-anak muda lelaki kampung itu dikumpulkan. Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!” arah ketua Negara itu.
Semua ibubapa dikampung itu berasa sangat sedi kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera itu termasuklah anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangannya.
“ Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanaya membawa orang yang patah tangan.” Kata ketua tentera itu sambil menunding jarinya kepada anak Tok Penghulu.
Pada ketika itu penduduk kampung terngian-ngian kata-kata Tok Penghulu “tentu ada hikmahnya”
(majalah SOLUSI isu No19)


Pengajaran
Setiap apa yang berlaku sama ada baik mahupun buruk pasti ada hikmahnya. Bagi insan ia merupakan terbaik tetapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Janganlah kita bersedih dan menyalahkan takdir yang tertulis untuk kita. Disebalik kepayahan pasti ada kekuatan. Allah menguji kita kerana Allah maha mengetahui bahawa kita mampu untuk merempuh dugaan, rintang tersebut. Kerana dugaan itulah erti sebenar kehidupan ini.
WASALAM… BUAT renungan bersama=)
(Tingkatkan iman dan takwa)

Jumaat, 14 Januari 2011

HARAPAN ISLAM KEPADA WANITA ISLAM



ISLAM mengharapkan agar kaum wanita Muslim dapat membagunkan sebuah kehidupan ummah yang harmoni, bahagia dan sejahtera dengan sama-sama memikul tugas dan tagungjawab bersama kaum Adam dalam segala bidang yang berlandaskan syarak bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Diantara harapan Islam terhadap kaum Hawa ataupun Muslimah adalah:

1) Islam mengnjadharapkan agar wanita Muslimah menjadi pasangan hidup lelaki yang mukmin, mendokong dakwah suami, menjalankannya dengan giat dan tekun bekerja, mendorongnya untuk berjihad dan bersabar atas segala yang berkaitan dengan hal tersebut.

2) Islam mengharapkan agar wanita Muslimah menjadi pengatur rumah tangga bersama suaminya, agar dia menjadi MURABBIYAH ( pendidik) anak-anaknya, menjadi kawan kepada suaminya, dan sentiasa menjaganya dari hal-hal yang diharamkan Alla, member segalanya demi Allah dan menjadi pokok kepentingan hidupnya adalah mendapat keredhaan suaminya dibawah naungan redha Allah s.w.t.

3) Islam mengharapkan agar Muslimah berpendidikan dan berbudaya tinggi, memiliki kebudataan dan ilmu yang cukup, mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat, kemudian menyebarkannya kepada kaum wanita muslimah yang lain. Dalam hal ini, perlulah menteladani perjuangan para isteri Rasulullah s.a.w.

4) Islam mengharap agar wanita Muslimah menjadi wanita yang sabar,rela dengan qada Allah s.w.t, tidak pernah melakukan larangan Allah, sentiasa patuh kepada perintah Allah, menjauhi pergaulan dengan lelaki bukan muhrim dan tidak berpakaian seperti orang fasik dan munafik dalam hidupnya.

5) Islam mengharapkan agar wanita Muslimah kuat dalam agamanya dari segi kepatuhan, tidak terpedaya dengan fatamorgana yang nampak bagi orang-orang lemah, padahal tidak demikian keadaannya.

Kaum hawa perlulah mengambil teladan dari isteri Fir’aun ysng sanggup menerima seksaan demi mempertahankan kebenaran dan kesucian agama. Justeru, perkara sedemikian ini dapat menambah dan menguatkan keimanan kepada Allah s.w.t.

6) Islam mengiginkan agar wanita muslimah itu benar dan jujur dalam hidupnya terutama suaminya, diri sendiri, anak-anaknya, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya dalam setiap situasi dan kondisi.
Wanita muslimah perlu mendidik anak-anaknya dengan keteguhan iman saidina Abu Bakar r.a, dengan kekuatan Umar r.a, dengan keluasan ilmu Ali r.a, dengan besarnya rasa malu Uthman r.a, dengan keberanian Khalid bin Al-Walid, dengan kedermawaan Abdurahman bin Auf, dengan kesetiaan Siti Khadijah r.ha, keluasan ilmu Siti Aisyah, dan dengan ketaatan Asma’ binti Abu Bakar. Betapa indahnya suatu keluarga yang berdiri di atas dasar kejujuran dan keikhlasan didalam melayari bahtera kehidupannya.

7) Islam mengharapkan agar wanita Muslimah itu adalah kawan setia yang sentiasa jujur kepada suaminya, selalu menolongnya untuk melakukan kebaikan dan tidak menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya seperti rezeki dan sebagainya. Kesemuanya itu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

8) Islam mengharapkan agar wanita Muslimah menjadi wanita mulia yang sentiasa menjaga harga dirinya dengan penuh rasa malu, tidak memperlihatkan dirinya kepada lelaki bukan muhrimnya dan hanya Islam.

9) Mengharapkan agar wanita Muslimahmemiliki semangat berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa raga demi kepentigan Islam. Pintu jihad bagi kaum Hawa sentiasa terbuka, yang penting adalah pengorbanan yang ikhlas dalam perjuangannya.



ﺴﻭﺭﺓ٢ ﭭﻴﻟﻴﮭﻦ ﺪﺍﻦ ﻔﻀﻴﻟﺘﺚ




ﺴﻭﺭﺓ ﺍﻟﻛﮭﻒ

1) Surah Al-Kahfi terletak di dalam juzuk lima belas dan enam belas kandungan sebanyak 110 ayat.
2) Surah Al-Kahfi sunat dibaca pada malam Jumaat atau siang Jumaat sebelum kite pergi ke masjid menunaikan fardu Jumaat.
Kelebihan surah Al-Kahfi jikalau dibaca pada malam Jumaat ayau siang Jumaat di sebut dalam sebuah Hadith Abi Said Al-Khudri r.a:

Ertinya:
‘Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat
(dan dalam suatu riwayat lain pada malam Jumaat) dia akan disinari oleh cahaya dalam masa antara dua Jumaat.’
(Riwayat Al-Hakim)

Nabi berpesan, dalam satu riwayat,bahawa jikalau ada di antara kita dapat hidup sampai waktu hari kiamat di mana dajjal akan keluar ke dunia, bacalah surah Al-Kahfi nescaya kita akan terpelihara daripada fitnah dan godaan dajjal (riwayat An-Nawas bin Sami’an dipetik oleh Muslim dan As-Sunnan al-Arba’a).

ﺴﻭﺭﺓ ﻴﺱ
SURAH Yaasiin pula lebih pendikdaripada surah Al-Kahfi. Ia terletak didalam juzuk yang kedua puluh dua sebanyak 83 ayat sahaja.
Surah Yaasiin dianggap sebagai hati kepada Al-Quran, sebagaimana hadith daripada Ma’qul bin Yasar:
Ertinya:
‘Hai AL-Quran itu ialah Yaasiin tiada dibaca oeh sseorang yang berkehedakan kepada Allah dan hari akhirat melaiankan dia diberikan keampunan, bacalah surah Yaasiin ke atas orang-orang yang hamper mati diantara kamu.’
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan An-Nasai dan Ibnu Majah)

Para ulamak berkata bahawa di antara khasiat surah Yaasiin ini ialah dibaca di dalam satu-satu hal yang sulit atau kesusahan maka Allah SWT akan memudahakan ayau melapangkan hal tersebut iyu. Dan membaca ke atas orang-orang yang nazak itu untuk memohonkan turun rahmatdan berkat supaya dimudahkan keluarkan roh daripada tubuh ( Tafsir Ibnu Kathir 2/563)

Isnin, 3 Januari 2011

ANTARA HADIS DIRIWAYAT OLEH SITI AISHAH




 Diriwayatkan daripada Saidatina Siti Aishah r.ha katanya: Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatulkadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

 Aishah r.ha berkata : “Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi SAW. Kemudian baginda memakainya untuk solat. Sedangkan masih basah (baju yang dipakai Nabi) kesan air basuhan itu pada bajunya.


 Daripada Aishah r.ha telah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

 Dalam satu hadis riwayat Abu Daud, Aishah r.ha berkata: “ Saya mendengar Rasulullah bersabda: Seorang mukmin boleh mencapai dengan akhlaknya yang baik tahap orang yang berpuasa dan berqian (solat malam)”.

 Aishah r.ha berkata : “ Aku bertanya : Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku menemui Lailatul Qadar, apakah yang harus aku ucapkan didalamnya? Baginda SAW menjawab, katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku”. (riwayat At-Tirmidzi, hadis hasan sahih).

HASAN AL-BASRI DAN ISTIGHFAR



Al-Qurtubi meriwayatkan cerita Ibni Shabih. Pada suatau hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri tentang masa kemarau yang menimpanya. Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Ada pula lelaki lai berkata : “Doakanlah aku supaya Allah s.w.t memberiku anak.” Hasan al-Basri kemudian berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Hasan al-Basri pun berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Ar-Rabi lantas berkata kepadanya: “Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”



Hasan al-Basri menjawab: “ Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Ertinya:
“Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh: ayat 10-12)

Ada seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri : “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa laly memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lagi lalu memohon keampunan dan seterusnya?”

Hasan al-Basri lantas menjawab: “ Syaitan sangat berharap jika dia Berjaya menggoda kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu meninggalkan istighfar selama-lamanya.”

TANDA-TANDA ORANG YANG BERILMU



o Mengamalkan ilmunya, mendapatkan berkat ilmu dan ikhlas demi mengharapkan redha Allah, baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan.

o Bermanfaat bagi manusia lain, memberikan pengaruh yang baik bagi lingkungan sekitarnya, menyebarkan ilmu dan tidak menyembunyikannya untuk dirinya sendiri.

o Sabar menghadapi cubaan, lapang dada saat dijauhi orang dan rendah hati dalam segala keadaan.

o Zuhud terhadap dunia, sentiasa bermohon kepada Allah s.w.t agar dijauhkan dari perkara-perkara yang fana dan dikurniakan kebahagian yang kekal di akhirat kelak.

o Berakhlak mulia, berperibadian agung dan jauh dari cela.

o Memiliki semangat yang tinggi dalam menulis, menndidik generasi dan melakukan kebaikan.

o Membuang jauh-jauh taklid dan hanya bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah.

o Memahami hakikat, mengenal tujuan-tujuan syariat dan mengetahui rahsia-rahsia syariat.

o Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak dan berusaha kuat mengungkap kebenaran.

o Menjauhi perkataan yang kotor dan tercela, serta meninggalkan hadith-hadith yang palsu.

o Memahami reality dan perkembangan zaman serta turut serta berjuang didalamnya.

HIKMAH TERAPI ISTIGHFAR (ﺍﺴﺗﻐﻔﺎﺮ)




ISTIGHFAR berasal dari bahasa Arab istighfar (memohon ampun). Ia berasal dari masdar (infinitif) kata istighfar yastaghfiru dan asal katanya ghafara. Kata ghafara menunjukan makna as-satr (menutup atau menghalang). Sementara kata al-ghadan ghufran bermakna satu (keampunan) seperti dikatakan untuk kalimat ghafarallahudzanbahu ghufran wa maghfiratan wa ghufranan.
Imam al-Ghazali mengatakan, kata al-Ghaffar adalah, dia yang menampakan keindahan dan menutup yang buruk. Dosa adalah sejumlah keburukan yang ditutup dengan menurunkan penutup di dunia, serta mengampuni untuk tidak menghukumnya di akhirat.
ISTIGHFAR ADALAH KEISTIMEWAAN ORANG MUKMIN
Suatu ketika Nabi Ibrahim a.s. berbincang dengan ayahnya dan menyerunya pada tauhid, yakni agama Islam. Ketika itu ayahnya menghadapinya dengan sambutan yang buruk. Perhatikan ayat berikut:

Berkata bapaknya: "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan kurajam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama".
(Surah Maryam: 46)

Perhatikanlah perkataan ayah Nabi Ibrahim a.s. Ungkapan halus dan lembut dari Ibrahim dibalas dengan kekasaran. Ketika Nabi Ibrahim a.s. menghadapi tanggapan dari ayahnya ‘Kamu akan aku rejam ‘ dia tidak membalasnya dengan kata-kata menyakitkan atau sejenisnya. Tapi yang pertama terdetik di fikirannya adalah beristighfar untuk ayahnya itu.

Berkata Ibrahim: "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.”
(Surah Maryam :47)
Dengan demikian istighfarlah yang pertama kali wujud dalam fikiran Nabi Ibrahim a.s. Perkara ini dilakukan kerana sangat mengharapkan ayahnya mendapat hidayat Allah s.w.t. Oleh itu, Allah s.w.t berfirman :
Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya, tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.”
(at-Taubah :114)

Kesimpulan dari hal tersebut adalah tidak ada istighfar untuk orang-orang musyrik atau bukan muslim. Istighfar itu istimewa dan khusus untuk orang-orang mukmin. Sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah s.w.t :
“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam.”
(at-Taubah :113)
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png