Jumaat, 28 Oktober 2011

Dalam Kesibukan Jangan Kita Abai Amalan-amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum.w.t.b...
Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Tugas sebagi pelajar ni memang lah ada rase tetekan sikit dan penat tu biasa. Dalam kita berusaha menuntut ilmu, jangan kita lupa dan leka tentang suruhan Allah dan amalan-amalan Rasulullah. Insyallah hati yang rasa tertekan dengan banyak agsiment dan test akan terasa mudah dengan izin Allah.

Kehidupan sebagai pelajar ni sudah biase dengan kesibukan seharian dengan berada di kampus, keluar awal pagi dan balik petang dah nak masuk Magrib dan adakalanye sampai malam baru balik sekiranya ada Ujian. Alhamdulillah Allah memberi keizinan pada diri ini untuk sambung belajar lagi. Walau sesibuk mana pun kita jangan kita lupa dan alpa kerna pengisian rohani juga perlu. Seperti kita memerlukan makanan sebagi hilangkan lapar begitu jua hati nurani kita perlu diisi dengan amalan-amalan dan jua ilmu -ilmu bacaan seperti pengetahuan agama. Hati akan jadi lebih tenang.

Kita ini hamba Allah, diri kita ini sebenarnya memerlukan Allah. Betapa ruginya jika insan (setiap hati)tidak mendekatkan diri kita pada Allah taala. Antara amalan-amalan Rasulullah S.A.W yang dapat mendekatkan diri kita yang kerdil dan hina ni kepada Allah ialah seperti Solat Tahajud malam, Solat Sunnat Dhuda, Berzikir Setiap Malam atau waktu kita lapang atau setiap masa, Membaca Al-quran,Bersedekah setiap hari, dan menjaga wudu kita agar setiap amalan-amalan kita akan kita jaga sebaiknya. Insyalah^_^.

MENJAGA SOLAT TAHAJUD
Meletakan diri sebagai seorang pelajar bukan sahaja tanggungjawab pada keluarga bahkan yang paling utama untuk Agama Alah. Berjihad dalam menuntut ilmu, sudah tentu berbagai rintagan yang perlu dirempuh. Alhamdulillah, ini tandanya Allah masih sayang pada kita dengan adanya dugaan-dugaan yang datang. Jangan lah kita mengeluh kesal ataupun bersedih hati. Segala keperitan dan kepahitan ada manisnya, melepaskan segala kepenatan didunia ini dengan mengadu pada Allah, berDating dengan Allah, memohon pertolongan Allah. Insyallah akan hilang segala kepahitan, kepenatan dengan bermunajat pada Allah. Hati kita menjadi tenang. Tidak akan ada rase mengharap pada manusia lagi melainkan berharap hanya pada Allah. Jika kita lakukan dengan hati yang ikhlas, kebaikan yang kita dapat lihat bukan sahaja pada diri sendiri bahkan org disekeliling kita jua akan rasa tempiasnya.Dapat menjaga akhlak kita, dan segala yang baik akan datang tanpa kita sedari.Hati akan menjadi tenag dengan mengingati Allah=)

MEMBACA AL-QURAN
Bacalah walaupun sepotong ayat. Membaca Al-Quran juaga dapat menenagkan hati. Kebebatan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang Allah kurniakan ini banyak kebaiakan yang kita boleh ambil untuk kekutan kita dalam kehidupan seharian. Ana pernah menyertai proram motivasi Dr. Azizan beliauada menyatakan bahawa ayat-ayat Al-Qyran adalah seperti magnet, semakin banyak kita membaca semakin kuat daya ingatan kita. Insyallah. Dengan menghafal Al-quran, Membaca terjemahan sekali dapat membantu sedikit sebanyak ilmu dan pengisian rohani kita. Mula-mula memang terasa berat dan payah tetapi bile kita sedah jatuh hati, sudah tentu kita akan terasa pelik klo tidak amalkan amalan-amalan yang sudah biase lakukan. Untuk berubah bermulalah dengan perlahan-lahan agar tidak lah seperti kata perpatah Melayu, hangat-hangat tahi ayam.

SOLAT JEMAAH DIMASJID
Ni jua adalah salah satu amalan Nabi Muhammad, Baginda tidak pernah bersembahyang sendirian melainkan solat-solat sunnat. Solat berjemaah ini adalah diwajibkan kepada kaum adam, dan kaum hawa pula bukan tidak dibenarkan, tetapi tidak digalakkan, dan tempat solat bagi wanita yang terbaik adalah dirumah. Sekiranya hendak solat dimasjid perlulah mengikut adap-adapnya dan jangan sampai kita kaum hawa dapat menarik perhatian orang lain, seperti memakai wangian yang dapat menarik perhatian orang, barang kemas, pakaian yang menjolok mata. Bagi yang sudah berumah tangga perlulah meninta izin suami dan bagi yang belum minta izin ibuayah. Dalam melakukan solat berjemaah bukan sahaja dapat meningkatkan kekhusukkan ketika solat bahkan kita dapat memanjangkan silaturahim dengan sesama muslimah.

SOLAT DHUHA
Kunci pintu rezeki. Bukan sahaja rezeki dari segi wang bahkan rezeki pelbagai perkara seperti rezeki jodah yang soleh, rezeki senang dalam menuntut ilmu, beroleh sahabat yang baik dan berbagai-bagai rrezeki Allah yang kita tidak tahu. mari kita hanyati doa solat Dhuda ni, betapa berkias tetapi maksud yang mendalam=)

SEDEKAH SETIAP HARI
Pada kebiasaannya, ramai orang ada perasaan kedekut, bagaimana kita hendak mengikis sifat mazmumah ni? iaitu perbanyakan sedekah. Dalam kita sedar ataupun tidak rezeki yang kita perolehi hari ni adalah miik Allah dan ada hak-hak orang lain didalamnya. Jangan lah kita bersifat kedekut kerna tiada kebaikan daripadanya. Dalam buku yang ana pernah baca tentang sedekah ni dapat meluaskan atau memperbanyakan rezeki kita, dengan bersedekah jua dapat membantu kita yang sedanga hadapi masalah. Misalannya anda ditimpa musibah, dari musibah itu anda bermuhasabah merasakan musibah ini kerna kesilapan diri sendiri, dari itu anda banyak bersedekah untuk mengkifarahkan kesilapan lalu dan ingin bertaubat nasuha. Insyallah Allah akan mempermudahkan niat kita dengan membukakan jalan dari amalan kita yang suka bersedekah.

MENJAGA WUDHU
Apabila kita sentiasa menjaga wudhu kita bukan sahaja dapat pahala kerna segala amalan kita dikira ibadah assbab kita masih dalam keadaan wuduk. Bahkan dapat menjaga hati kita supaya tidak cepat marah, menjaga akhlak kita dan sentiasa beringat bahawa kita sedang dalam keadaan berwuduk dapat mejaga ikhtilal hubungan lelaki dan wanita. Insyallah.

BERISTIGFAR SETIAP SAAT
Mendidik diri mengingati Allah dalam keadaan susah dan senang, akan mendidik diri untuk selalu menjaga perbuatan, pertuturan yang selalu melakukan kesilapan. Dapat menyucikan hati kita yang kotor dan dapat merasakan bahawa Allah selalu mengawasi kita dan kita manusia yang selalu melakukan kesilapan perlulah segera bertaubat.


Sekian, terima kasih kerna sudi membaca
(Masih belajar-belajar untuk menulis sekiranya adalah salah dan silap mohan maaf ^_^)
Salwa Salihan
*Tinta Muslimah*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png