Sabtu, 9 April 2011

Renungan Untuk Kaum Hawa



Apabila hati diserahkan kpd Allah,kekallah wanita dgn asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan penawar dihati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya,kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Allah dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati yang bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:

'"Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah" (Hadis Riwayat Ahmad)

Didunia bidadari mencemburui kesolehahannya dan diakhirat bidadari sudi jadi khadamnya.Sebaliknya,jika hati dibawa jauh dari Allah,hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau.Apabila wanita lari dari ikatan Allah,maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan.Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikkan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.Ibarat bunga sejati dan bunga plastik,jika bunga plastik disembur pewangi,harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati..tapi haruman itu tidak kekal.Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar,ia haruman palsu yang bersifat luaran.Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal.Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan,dijambangan ataupun sekadar tumbuh dipinggir belantara.Sebaliknya,bunga plastik tetap kaku,haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah dijambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah- si gadis dihiasi sifat sopan dan malu, si anak mentaati ibu bapa, srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat, si isteri penuh ketaatan,kesetiaan dan kasih terhadap suami.Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta.Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki 'perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga.Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang abadi..

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Allah masih mampu mnjadi perhiasan dunia yg digilai oleh segenap lelaki. Kecantikkan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sanggup berkorban segala-galanya.Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan 'palsu' ini.Hati menjadi sempit dan diakhirat terseksa tanpa batas.

Wanita boleh memilih untuk menjadi 'bunga sejati' yang mana wanita solehah yang membawa tenang atau wanita juga boleh memilih untuk menjadi 'bunga plastik' yang mana wanita yang mengundang kacau bilau,kemelut dan kehancuran. Wanita sentiasa ada pilihan..maka pilihlah..Wanita hanya akan layak menjadi 'bunga sejati' jika hatinya tunduk kepada Allah. Maha Suci Allah yang telah memuliakan wanita dengan sifat-sifat 'solehah'

(share from my friends Umi =))

2 ulasan:

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png