Rabu, 9 Februari 2011

Sudah TERjatuh baru rasa sakitnya.....hati-hati-hati

Perasaan...


sesuatu rasa yang Allah s.w.t kurniakan pada hambanya nikmat merasa sayang, benci, sedikit marah klo kita cuma mengawalnya dan suka pada seseorang serta bersyukur akan nikmat ALLAH s.w.t. Ana tidak pernah menyesal atas apa yang Allah taala telah tuliskan dalam perjalanan hidup ni, bahkan ana bersyukur atas segala kesempatan, hajat yang telah Allah makbulkan. Ana akui ia hanyalah perhiasan ataupun corak hidup yang banyak ana pelajari darinya atas talbiah yang Allah berikan ini.

Ana tidaklah pandai untuk menyatakan nasihat tetapi ada cerita yang ana nak kongsikan bersama, dan ambillah pengajaran yang mana ada kebaikan disebaliknya dan yang buruk jadikanlah ia sesuatu pengajaran agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama....Insyallah...

Pada Jan 2008, bermulalah ana berkenalan seseorang insan yang pernah ana jumpa sewaktu zaman sekolah menengah sewaktu pertandigan Tadarus Al-quran dan pertandigan Nasyid ANTI Dadah Daerah Muar.Insan ini ana cuma tahu nama dan suaranya sahaja, tidak pernah melihat wajah sebenarnya,tp tidak lah hensem tapi bagi ana sejuk mata memandang. Ana berdoa, semoga Allah pertemukan ana dengan insan ini pada satu hari nanti. Ana berjumpa insan ini waktu menyambung pelajaran Diploma.

Bila ana mendengar suaranya, ana sudah kenal ni pasti insan yang ana hendak sangat jumpa. Hafazan, bertaranum, bernasyid, berzanji dan watak yang seperti yang idamkan ada pada insan ini.
Ana terlalu sayang pada ibu abah seperti insan lain. Abah sudah lama meninggal dunia ttp ana masih ingat segala kenagan bersama abah tercinta. Minyak wangiannya, suaranya,perihatian abah sama seperti insan yang ana jumpa ni. Kerana itulah ana mula merasa sesuatu perasan yang anih terhadap insan ini.

Dipendikan cerita, ana mula couple sementara sahaja dengan insan ini kemudian pisah. Hikmah dari apa yang berlaku yang sebenarnya ana nak kongsikan bersama. Sebelum ana berkenalan rapat dengan insan ini, ana beranggapan bahawa couple tu tidak berdosa tetapi setelah itu ana tahu ia adalah berdosa serta banyak perubahan yang baik yang telah berlaku pada diri ni, alhamdulillah Allah telah memberi ana kesedaran assebab ana berkenalan dengan insan ini.

Kesedihan memang terasa tetapi kita kembali semulalah pada Allah yang Maha Pencipta, insayallah hati yang Berat akan jua menjadi ringan.Ikhlaskan hati untuk memaafkan orang yang pernah melukai kita insyallah hati tidak akan merasa gelisah. Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk merawat hati yang sedang bersedih yang mersakan tiada yang amil peduli, fikir dan fikirkan akan Allah...insyallah segala menjadi mudah.

Kerana hati merasa tidak tenteram dan tenang ana mencuba berbagai cara untuk memulihkannya agar selalu menjadi tenang. Ana mula menyebukkan diri dengan usrah, taklim bersama isteri-isteri karkun, ceramah-ceramah agama, nasyid,belajar menghafaz Al-quran, hadir majlis-majlis berzanji mauludirasul dan berzanji meraikan pengantin baru. Cuba dan cuba untuk melupakan insan yang ana merasakan ana sudah jumpa insan idaman kalbu, kononnya pada waktu itu.

Sejak dari itu ana lebih banyak melakukan amalan yang dapat melupakan pada insan dan lebih untuk mengingati pada Allah yang Maha Esa. Iman dan takwa adalah pucuk pannggal untuk kita menjadikan hati ini teguh pendiriannya agar tidak berbolak balik hati ni. Ana ingin mencintai yang hakiki dan ana yakin bila kita mencari cinta Allah pasti insan yang juga mencintai Allah akan kita temui, insyallah.

Perasan yang suka mara juga hilang dengan ada kelembutan iman dalam hati kita. Ana juga bersyukur kerana dipertemukan dengan insan ini, sekiranya ana tidak melaluinya mungkin ana masih lagi tidak sedar akan Cinta Allah Yang Maha Agong.

Ana tidak lagi mengaharap pada cinta manusia yang penuh dengan janji kosong yang tidak ditepati dan akan mengundang dosa. Ana tidak lagi benci ataupun marah pada insan ini yang pernah ana sukai dulu ataupun berdendam padanya, dan setiap kali ana teringat pada insan ini akan ana kirim Al-fatihah, dan tidak putus-putus mendoakan insan ini akan menemui kebahagiannya satuhari nanti. amin.... Ana bersyukur kerana dia telah membantu, membimbing ana dalam agama Allah ini dan menyedarkan ana.

Kini Allah telah memberikan ana seorang kawan-kawan dari Isteri-Isteri karkun yang banyak bagi ana nasihat. Alhamdulilah...

Pengajarannya, adik-adik yang masih muda jangan cuba-cuba untuk bercinta ataupun couple sebelum nikah,sekiranya tidak mahu menjadi lemah dan lalai dengan cinta yang sementara. Kerna Islam itu sangat indah, bercinta hanyalah selepas niqah. Terutama pada yang bergelar anak gadis, alangkah lagi cantik dan molek dipandang jika kita menjaga batas-batas yang ditentukan syariat. Bila kita menjaga hak Allah pasti Allah akan menjaga kita insyallah.... segala dengan izinnya. Yang berlalu jadikan iktibar yang akan mendatang jadikan lah ia satu sejarah yang membahagiakan.

Moga kita selalu mendapat rahmatNya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmNKeT5pdI/AAAAAAAAAiQ/5rtjrHOsuHg/s200/welcome_14.png